21 October 2009

DALAM KENANGAN & INGATAN

Bila sampai detik sesuatu peristiwa itu pastinya kenangan yang sebegini amat mencuit dan mengharukan perasaan apatah lagi bila waktunya ITU sampai tepat pada masanya...lembaran yang sama juga engkau pergi untuk selamanya...lembaran yang sama itu jugalah ingatan untuk hari itu berlalu dengan sendirinya...rasanya tak pernah pun se hayatnya hari itu di ingati seperti saat ini...maafkan kami semua anak ayah dan bonda sebab mungkin lupa atau mungkin tak biasa kerana kita sekeluarga dan seakrabnya memang tak pernah pun mengingati akan detiknya...apa pun kami semua tetap menyayangi MU seadanya walau diri MU telah tiada. SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN (21/10/2009) buat bonda dan arwah ayah yang tercinta....
AL-FATIHAH buat ayahanda yang tersayang.

15 October 2009

PEJUANG AGAMA, BANGSA & NEGARA

HARI INI DALAM SEJARAH...
berdiri dari kiri yang pertama sekali, itu adalah arwah bapaku masa mudanya menyertai Askar Melayu sebelum ditawarkan menyertai FELDA pada tahun 1980. Biasanya kalau kami adik beradik balik ramai-ramai kat rumah dan menyembang pasal ketenteraan ker apa ker...dialah orang yang beriya-iya benor akan "mencerikatakan" setiap pengalamannya sewaktu menyertai Askar Melayu satu ketika dahulu... jumpa komunis la...kena jalan kaki dari hujung Malaysia sampai ke pangkalnya...angkat senjata la itu la dan ini la TAPI kini dah tak ada lagi orang nak cerita semua tu pada kami sekeluarga...yang pasti akan kami sematkan betul-betul dalam hati ini bahawa ayahanda kami yang tercinta adalah seorang
PEJUANG AGAMA...BANGSA...&...NEGARA... AL-FATIHAH

PERGINYA TAK AKAN KEMBALI...AL-FATIHAH

AL-FATIHAH buat ayahanda tercinta yang kembali ke rahmatullah pada tanggal 17 Syawal 1430H / bersamaan
6 Oktober 2009 hari Selasa jam 4.10 pagi di Hospital Seri Manjung Perak Darul Ridzuan. PERGINYA TAK AKAN KEMBALI, hanya yang ada...tinggalan sejuta kenangan dan menzahirkan KEBENARAN bahawa MATI...Qada' & Qadar... itu BENAR dan benar-benar berlaku...MALAIKAT yang mencabut nyawa itu ADA dan benar-benar ada...yakinlah akan kebenaran dari ajaran ISLAM itu bahawa segala yang hidup pasti akan menemui penyudahnya. AL-FATIHAH.
Buat semua yang mengenali arwah...maafkan segala keterlanjuran katanya, perbuatannya dan segala-galanya jua mohon agar diHALALkan apa-apa yang terambil, termakan, terhutang ter itu dan ini agar rohnya kembali dengan aman dan selesa bersama insan yang terdahulu yang mendapat tempat disisi Allah Taala yang Esa...

KENANGAN TERINDAH 20/9/2009 (Syawal 1430H)

17 September 2009

SALAM AIDILFITRI


Salam SYAWAL dari kami sekeluarga buat semua sahabat handai
dan kenalan baik yang dekat mahupun yang jauh. Semoga syawal
yang mendatang dan Ramadhan yang berlalu membibitkan rasa2
insaf dan tawaddu'nya kita kepada yang MAHA ESA.
SELAMAT HARI RAYA dari kami sekeluarga.

03 September 2009

"FITRAH"nya MEREKA ITU..


Huhu....setiap tahun mesti aku akan terkena dengan situasi begini..
NAK SALAM KER TAK NAK...? kalau aku salam, diorang dok tersipu2 gelakkan
aku...kalau tak salam nanti diorang jeling aku atas bawah...adus umat macam ni pun ada...
takpalah yang penting mereka ini labih baik dari mereke2 yang langsung tak ingat nak bayar
ZAKAT FITRAH mahupun zakat2 yang lain. Mari, kita semua doakan mereka menjadi insan yang benar2 BENAR....payah payah.. (gambar tersebut adalah sebagai hiasan semata2, gambar yang betul2 tak sempat nak snap)

01 September 2009

SAHUR D'RUMAH hehe



Salam...dalam diam tak diam hari ni dah masuk hari yang ke 11 kita berpuasa dan berada dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah Tuhan masih memberikan aku kesempatan utk meneruskan ibadah ini dengan seikhlas yang mungkin, waktu berbuka...waktu bersahur kekadang tu teringat kat mak apak kat kampung, apa la yang diorang jamah agaknya, aku ni biasa la sebab dah selalu begini selalu teringatkan kat orang lain huhu, apa pun syukur sebab masih ada makanan untuk dijamah buat pengalas perut sepanjang hari...(hari ni bersahur dengan lauk berbuka jer, tu pun tak abis, forward utk berbuka petang nanti kot...jimat makan berdua jer)

29 August 2009

PERMATA AYAH DAN BONDA

video

18 August 2009

D' BOWL TEAM


Rupanya menyengat juga aku nie hehe....aku pun tak tahu ntah kurun ke berapa aku belajar main bowling ni..yang pasti pegang jer bola dah reti main hahaha, baru baru ni ada game yang dianjurkan oleh HP kat Alamanda Putrajaya so kitorang team LZS adalah team jemputan dari diorang, siap nagi baju ngan makan HiTea lagi, besar belanja diorang, ingatkan pulangan tak lumayan sekali nah ko...star treck LZS dapat xternak hard disc 500 GB ( best player ) dan kitorang jadi best team, nombor satu ler beb...apa-apa pun tahniah kepada semua player...pas ni kita kena fikir tentang team LZS yang betul2 punya plak......adios.

HAPPY BIRTHDAY ADIK HANA


SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE 2....jangan nakal2...
walau tak kemana namun aku tetap merasakan kemeriahannya, hati rasa tak seberapa namun tetap akan aku ingatinya sampai bila2, walau tak ada apa-apa akan tetap juga abie usaha untuk dapatkan apa-apa....kerana koranglah permata kami berdua...

07 August 2009

BILA TERKENANG WAJAH.....

SALAM...lama betul rasanya aku tak menjengah blog aku ni apatah lagi nak merepaire apa yang ada bukanya apa cuma takda bahan yang mencukupi untuk jadi pomen blog ni...now aku dah ada bahan yang cukup untuk jadi pomen insyaAllah....mungkin sekadar kebetulan ataukah memang dah satu suratan yang Tuhan dah tetapkan. Para mak dan bapak dicampakkan rasa sayang kepada anak-anaknya tatkala mereka lahir kedunia ni. Mungkin inilah perbezaannya anatara mak bapak yang "dah lama kahwin tapi belum nikah" bila anak lahir jer kedunia ni macam2 persoalan akan timbul...mungkin juga kan..?

Sejuk matahati aku memandang si kakak elin ni rupanya dalam kemalasan aku nak mengajar dia kat rumah rupanya dia dah belajar sendiri kat sekolah, balik rumah memang aku akui dia akan sendirinya buka beg sekolah dia ambil buku dan minta kitorang bantu dia buat kerja rumah....nak tunggu abie ngan mamanya suruh, nampak gayanya lambat ler sikit....kita dulu kalau umur 5 enam tahun baru nak pandai pegang pensel tapi budak sekarang ni dah pandai menulis lagi....tu yang terkenang wajah2 silam tu.

Anyway aku bersyukur sangat2 kehadrat Ilahi atas limpah kurnianya memberikan aku dua cahaya mata ini yang walaupun kekadang begitu menduga akal dan hati...namun itulah penyeri dalam hidup kita ini....

Kakak Elin....adik Hana, haaaa belajar rajin2, apa2 minta jer ngan abie ngan mama....InsyaAllah kalau kami dapat penuhi akan kami penuhi semua permintaan itu....

14 July 2009

ADA APA DENGAN TARIKH....?

1 2 3 4 5 6 7 8 9 = 12:34:56 / 7 Ogos 2009

sekali seumur hidup kita...apa NATIJAHNYA ?

BIG 2009...JAGA DIRI BAIK-BAIK...

Selamat
berkursus
MY LOVE...
jaga
diri
baik-baik...
abie
ngan
anak-anak
doakan
yang
terbaik
untuk
mama...
GOOD LUCK

28 April 2009

DOKTOR OH DOKTOR...

ALHAMDULILLAH...aku mulakan hari ini dengan kalimah yang cukup patutnya serasi dengan hidup kita...ni bukan nak ngumpat nie..bukan juga aku nak jatuhkan sesiapa tapi malam tadi membuatkan aku berfikir 18X dengan DOKTOR kat satu klinik swasta yang aku pergi ni...puas hati atau tak itu janganlah korang tanyakan..off course tak puas hati...
Aku bawak isteri aku gie buat medical check up kat dia punya panel klinik yang sekolah dia panelkan tu...nampak menarik dan terasa seolah-olah menjaga hak dan kepentingan seorang wanita muslimah dan juga hak dan kepentingan sebagai seorang customer/patient terhadap seorang doktor juga sekadar menilai tahap KEBODOHAN aku tentang hal-hal berkaitan sakit dan penyakit....Isteri aku terasa tak sedap badan rasa macam nak demam, tekak kering dah lama, kepala pening menggila dan hidung mula menyumbat corong yang dua (bukan buatan aku tu bro...hehe) mungkin dek kerana cuaca yang tak menentu ketika ini, seperti biasa kala bila datang jumpa doktor..." u buka mulut....uwekkk...hmmm tarik nafas...lepas...tarik...lepas..ok that all "....dengan tulisan yang ditulisnya (baik sikit dari ayam mencakor tanah) aku sendiri pun tak paham...lalu soalan demi soalan aku tanyakan...rentetan dari itulah mungkin egonya tercabar dek soalan aku tu dan hampir bertikam lidah juga dengan persoalan bodoh yang aku ajukan...mungkin terasa dirinya hebat lalu memberikan fatwa dan hujah yang "bangang"...fikiran aku terus-menerus teringatkan arwah kawan ku yang telah pergi dahulu menyahut seruan ilahi oleh karana mungkin sudah ajalnya atau mungkin kerana kesilapan doktor yang lebih dahulu membuat fatwa yang begitu dan begini...kononnya lebih arif dan pro dalam halnya...
SALAHKAH AKU KIRANYA......? :-

a) Meminta penjelasan yang detail akan hal yang aku tidak ketahui terutama dari segi penyakit dan simptomnya yang berlaku takut2 kalau ada simptom yang sama yang berlaku pada arwah kawan aku....."DENGI BERDARAH".

b) Mengusulkan agar dibuat "blood test" untuk mengetahui apa penyakit yang ada....

c) Apa korang ingat doktor tu TUHAN ker yang tak pernah buat salah dan terbuat salah...

d) Kalau aku nak dapatkan sebaik mungkin maklumat yang ada dari doktor tu...bukan ker memang itu tugas ko wahai sang doktor....

PERNAH dan ramai yang memfatwakan bahawa, kita nie pergi ke klinik ker atau hospital ker bukan semata untuk mendapatkan rawatan tetapi untuk mendapatkan layanan yang baik dari mereka yang pakar mungkin, kalau ramailah doktor yang sebegitu aku yakin sakit akan bertambah sakit bukan menjadi baik....dan aku terfikir pulak kalau ramailah doktor yang begini tak mustahil makin ramai yang meninggal kena denggi...bukan kerana nyamuknya yang dah lali tapi mungkin kerana ada "DEAL" dengan nyamuk denggi supaya ko pun sama jaga periuk nasi aku nie.....biar makin ramai yang datang ke klinik kami....KORANG JAWABLAH SENDIRI DENGAN TUHAN KORANG SENDIRI...

KAKI NOTA :- TEMPAT : Klinik ? ? ? ? A. MUKIN: Hulu Langat. BATU: Bersebalahan batu 14 Hulu Langat. DOKTOR : Pencen Tentera.

20 April 2009

SELAMAT PAGI CIKGU.....!!

"SELAMAT PAGI CIKGU".... huhu kekadang bila termenung masa bawak kete ker...duk kat depan rumah tu ker teringat bila umurnya baru nak masuk alam remaja/dewasa...masa sekolah dulu-dulu...pagi pagi dah bangun mandi, solat, makan dan gie tunggu bas kat simpang jalan jauh sikit dari rumah...sampai kena awal pasal aku dulu ketua PENGGANAS kat sekolah aku.....itu luahan rasa dan kebengangan yang dikeluarkan oleh kaki-kaki lambat datang sekolah dan kaki-kaki gengster kat sekolah aku dulu yang dikategorikan pada aku....bukan tu jer...ada lagi...kaki bodek, kaki ampu, skema, selenga, perghhh macam-macam la....now baru aku tahu bahawa nak jadi yang terbaik bukan mudah seperti nak mengeja "terbaik" tu.....tapi dulu-dulu mana ada rasa begitu, cikgu dah lantik ikut ajer la...bestnya bila saat dapat pegang rotan round satu sekolah ikut cikgu disiplin...pi sergah kelas-kelas yang dah nak jadi pasor malam...bising tak hingat...tali leher tu dari awal pagi sampai kat umah tak lekang lagi....PENGAWAS lar katakan...hampeh....
apa-apa pun mungkin itu yang tuhan nak gambarkan pada aku bagaimana susahnya bila jadi ketua...aku bersyukur tatkala hari ini aku ditugaskan untuk menjadi ketua dalam keluarga aku...nasib baik bukan ketua pada organisasi aku ker apa ker....nasib baik bukan
KETUA JABATAN ker......uppssss....ketua apa-apa lar....yang pasti cukup sekali aku mempunyai kebenaran merotan namun takkan aku ulang untuk kedua kali....sakit hanya tuhan yang tahu, yang pastinya bukan sakit merotan tu yang diratapi tapi sakit dihati yang lebih ku takuti...buat anak-anak ku jangan risau ABIE takkan jadi begitu....cukup sekadar suara menjadi rotan buat u all berdua....NAMUN bila terkenangkan hari-hari yang berlalu teringat dan terfikir pula...bilakah kenangan begitu sewaktu di bangku sekolah dahulu akan berulang lagi...tatkala ada guru-guruku yang datang memegang rotan dan bermundar-mandir dikeliling sahabat-shabatku... "fadzli ambil kapor tu.... azlan bangun berdiri atas kerusi... junaidi meh sini bising tak abis-abis...ros nie apsal tak gi surau nie...ann bawak kawan-kawan gie dewan ada ceramah....rotan nak.....
BAIK CIKGU/BAIK BOS..."

SELAMAT PENGANTIN BARU


"SELAMAT PENGANTIN BAHARU WAK" moga-moga mendapat keberkhatan dan kesejahteraan hingga ke akhir hayatnya wak...
yang baik dijadikan ikut-ikutan yang idak itu jadikan ajer sempadan thailand dengan malaysia ajer lar...
nie gambor nie macam mana nak perbesyorkan lagi nie...tak reti la aku nak buat nie...takpa yang penting nampak ajer...
OK sama padan dan sama pinang la ko nie wak... ASSALAMAUALAIKUM



22 January 2009

MAMA...ABIE...elin TAK NAK CIKGU....

Assalamualaikum.....lepas satu hari bawak ker satu hari aku lupa juga nak citer pasal hari pertama anak aku nie bersekolah..
hehe Batrisyia aku minta supaya dipinjamkan sementara kat PASTI/TASKI kat depan umah aku tu supaya esok2 dia dapat biasakan diri dia dengan sekolah....tak ada lah abie ngan mama dia susah kemudian hari....malam sebelum nak sekolah tu bukan main lagi dia gumbira nak sekolah siap pi jaja baju sekolah dia kat nenek yang jaga dia tu....canteekkkk katanya...semangat bukan main, beg dah siap dibelikan...segala peralatan nah kau aku dah sediakan cuma nak masuk kekelas jer.....hahahah sekali esoknya sampai jer kat sekolah.....5 minit jer dia dah nak ikot mama pi sekolah kat sekolah mama dia...pening aku....nangis bukan main...jenuh gak nak pujuk...habis semua manusia kat sekolah tu pujuk dia....tak jalan gak....tak nak keruhkan keadaan...aku tinggalkan ajer kat situ....bila dah tinggal...senyap elok jer dia...saja kot dia test mama ngan abie dia....balik nanti aku janji nak bawak makan McD....umpan baik punya.....

tapi tak makan saman gak...tau apa dia cakap....? cikgu pukul dia...elin tak suka cikgu....alasan yang memang munasabah....dia kata cikgu tolak dia, cikgu tu biasanya akan tolak sikit badan diorang utk minta diorang masuk kat dalam kelas....maybe ada sikit miss communicate kat situ tu yang dia tak suka tu.....

anyway...buat anakku tercinta....mama ngan abie doakan yang terbaik buat korang berdua...belajar rajin2...bab keperluan tahulah mama nagn abie uruskan yang penting korang belajar jer rajin....."izinkan kitorang mama ngan abie untuk tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya pada korang berdua...." nanti balik abie belanja ok......

12 Januari 2009....hari pertama masuk sekolah...ingat tu...!

19 January 2009

AMAN PALESTIN for GAZA...


HOSPITAL SLIM RIVER....! ! hmmmm

Memang sahih lagi benar cerita2
tentang hospital yang dimaksudkan tempohari...
dulu apak aku yang kena dan kini
nah kau masuk dalam buletin lagi...
apa nak dijawab lagi...memang you all cuai
mentang2lah hospital tu duduknya dipedalaman sikit
apa ingat urusan kesihatan orang nie boleh dibuat main ker...
buat endah tak endah jer...
kalau diri sendiri sakit tu tahu plak nak cepat2 ubat...
cubalah letakkan masalah tu didiri sendiri...
apa rasanya...?
zaman dah berubah
masa dah berlalu....
apa ingat orang kita nie tak tahu nak mengadu....
aku menulis nie bukannya sekadar nak menongkat dagu tapi
nak kongsi sama apa yang dah pun berlaku...
harap2 mana2 pihak yang sepatutnya ambik tahu tuuuu
bawak2 ler ambik tahu....
jangan lepas tangan tunggu habuan hujung dagu...
esok tuhan tanya apa yang nak dilagu...
hah korang jawablah sendiri wahai doktor dan nurse2 ku...
hampeh tak berlagu...
tobatlah aku dah tak kesitu...


? # $ % ^ & * ( ? < ) €......cittttttt ! ! !

PENGUMUMAN...! ! ! #%*&#@€...

PENGUMUMAN....! ! !
CIK MONALIZA AMRAN
AKAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINANNYA DENGAN PUTERA IDAMAN PADA
24 JANUARI 2008 bersamaan
27 MUHARRAM 1430H
DI KEDIAMAN RASMI MAK DAN APAKNYA
DI BOTA KANAN, PARIT, PERAK.
SO....LEPAS NIE JANGAN LUPA STATUS "CIK" TU YA
KEPADA SANG KUMBANG YANG TERTEWAS TAKPA JANGAN RISAU...BUNGA BUKAN SEKUNTUM...HEHE

08 January 2009

ISRAEL LAKNATULLAH...





















18 December 2008

TEMPAHAN...

Sebarang tempahan kek boleh dibuat sehingga 20/12/2008....:

1/ Norazlina 10 biji
2/ Radzif 30 biji

tuntutan boleh dibuat pada hari SELASA atau penghantaran terus ke alamat yang diminta...

Terima kasih atas komitmen dan kepercayaan anda...



07 December 2008

"ORIGINAL"...KEK LAPIS SARAWAK










Salam.....gambar atas nie bukan sekadar gambar hiasan...tapi inilah dia
"Kek Lapis Sarawak" yang original...sebahagian jer...baru2 nie saya ngan family turun sana jenjalan sebelum menyetelkan hal2 kenduri kahwin abang saya
sempat gak melawat kat tempat pembikinan kek nie...
PROMOSI !!!! KALAU NAK SAYA BOLEH DAPATKAN DENGAN HARGA YANG MURAH....
TAK PAYAH BAYAR SAMPAI RM50 - RM60 HENGGET ...kalau korang jumpa kat sekitar KL/Semenanjung nie sure harganya cecah sampai RM60 hengget...itupun kalau dapat yang "ORIGINAL" naknya dapat yang kek lapis INDONESIA...sama jer rupanya tapi rasa lain macam sikit, ada orang cakap rasa kek dari Indonesia ada rasa dan berbau cengkih ...yang jadi mahalnya kek lapis sarawak nie, pembikinannya memakan masa yang lama hingga ke 6-7 jam...selain rasanya yang memang sedap....sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya ditalian bawah nie...
019-388 0837 / fadzly / fadzilah
harga sure bawah pada RM50 silap2 dapat RM30 jer...kalau tak silap ada lebih dari 20 jenis kek lapis yang aku dah rasa...memang sedap. Paling terbaru... "KEK LAPIS HATI PARI" dalam gambar yang kaler hitam tu...kalau geng2 bini aku nie diorang tahu la...
kek nie lebih dari 3 jam masak dier, memang best.
APA LAGI.....MEH LA RASA
KAMEK SEDIA NOLONG !!!!

06 December 2008

SELAMAT "BERPUASA" & MENJALANI
IBADAH QORBAN
SALAM EIDUL ADHA DARI KAMI SEKELUARGA

31 October 2008

SEKADAR INI..HAPPY BESDAY...

SelaMat hari lahir mama, dalam tak sedar dah 29 tahun Allah Taala bagi kesempatan kita bernafas dan hidup dibumi Nya.... alhamdulillah ini jer yang abie termampu buat... teringat last2 minit.... so nak jaga hati nyer pasal.... abie beli 3 potong kek..... secret recipy.... aku buat wish utk birthday dia.... tepat jam 12 aku kejutkan anak2 tengok apa yang ada... then wish Happy Birthday Mama..... dari kami abie, elin & fafa... "Selamat Hari Lahir yang ker 29 tahun " moga menjadi insan yang kamil, isteri yang solehah dan ibu yang mithali...... moga dimurahkan rezeki kita bersama menjadi pasangan yang bahagia hingga ke anak dan cucu hendaknya. Kami kakak elin, adik fafa dan abie sayang mama. Jaga diri kerana, dirimu begitu berharga buat kami.... muahhhhhh !!!!

20 October 2008

BILA LA NAK ADA PERUBAHAN...

Bila la agaknya nak datang perubahan....lebih dari 5 jam aku ngan bapak aku yang sakit....nunggu di wad yang namanya kecemasan kononnyalah....untuk mendapatkan secebis harapan...bukan nak apa cuma nak tahu apa musibah...sampai begini jadinya...apa sakit yang hinggap... apalah sakit sebenarnya.....buatnya bahaya...kan naya...daripada muntah-muntah biasa...aku nampak dah jadi luarbiasa..nak meng agak nanti rasanya kami semua orang kampung biasa...bukanlah ahlil nijum yang tahu semuanya...nak taknak panjangkanlah kaki menekan pedal kereta turun ker spital namanya...bila dah menunggu sampai jam lapan hendaknya...hati mula menggelegak....apa taknya dari jam 2.30 sampai pukul 5 tak selesai...dalam hati panas membara usahlah dikira...ini kalau dapat result....biasa biasa jer katanya mahu makan selipar doktor nih dibuatnya....nasib baik iman masih ada...SEKALI...memang sahnya jawapan demam biasa...yang hampehnya...tu ha....kaunternya...bergayut dengan talipon ajer....bila ditanya sepatah maka sepatahlah jawabnya...bila diketuk-ketuk baru nak berjalan gayanya....payah ni....nak kena bersuara juga nampaknya....hmmmmm jawabnya padan ler muka dier....kepada yang terasa hmmm berubah ler....."itu kompeni bukan reta bapak kome yang punyer".....

16 October 2008

AHLAN YA EIDUL FITRI.....SELAMAT HARI RAYA


sELamat HaRi rAya...maaf zahir dan batin....buat mama, kakak elin dan adik hana, buat kedua family tercinta dikampung, buat abang2, kakak2 dan adik2 semua, buat kengkawan, buat guru2, buat semua yang mengenali...ampun dan maaf dari kami sekeluarga...halalkan makan dan minum sepanjang perkenalan dan sepanjang kehidupan kami didunia ini....O-O....jaga diri dan hiasi peribadi.....
SELAMAT HARI ROYO....

15 October 2008

MAY ALLAH TAALA BLESS WHAT I'M DOING...


May Allah Taala Bless.... what i'm doing....Alhamdulillah ini jer yang mampu aku buat setakat ini rasanya... cuba dan cuba sedaya yang boleh supaya aku memiliki apa yang orang lain miliki dalam kehidupan serba daif ini, harapan aku terhadap keluarga, bersabarlah... insyaAllah sampai masanya kita boleh dan mampu memiliki apa yang kita hajati... kesilapan hari semalam bukanlah noktah kepada kehidupan hari esok...berdoalah agar kita memperoleh rezeki yang melimpah ruah dari Allah Rabbul Jalill....

FISH MASSAGE...amacam ada beran..



Salam....huhuhehe huahahuahhaaaaa geli memang geli....kalau yang first time masukkan kaki kat dalam pelampung tu komfom memula akan rasa geli geleman kat satu badan....tapi lepas tu perghhh rasa lega sikit....kalau rajin dan banyak duit gie la try....relakssss kan kepala hotak dan kaki......aku dah try korang bila lagi.....12 hengget 30 minit.....ok la tu.....

25 August 2008

LE TOUR D' GENTING...







hehe....aku kalau bab nak bagi gambar tak pecah ni yang aku failed ni...hah korang klik ajer la pada gambar tu kalau nak perbesorkan...sekolah tak abis......

21 August 2008

INFO PENGETAHUAN..."MALAM NISFU SYA'ABAN".

SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA APA YANG KITA KERJAKAN DAN SEMOGA IBADAH KITA TIDAK MENJADI SIA-SIA DISEBABKAN KEJAHILAN KITA YANG DIWARISI....WA

NISFU SYA'ABAN...

Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban : “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban. Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban. Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah. TETAPI Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.

TIADA amalan-amalan khusus pada nifsu sya'ban. TIADA amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut. Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya'baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah : “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya'baan..... :-

(1) Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra : (Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra : (Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata : (Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya). ULASAN : Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

ULASAN TOKOH-TOKOH HADITH :-

Al-Hafiz al-Iraqi berkata : (Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’ : Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama). Rujukan ( Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata : (Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu). (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya : (Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah SALAH ).

Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383) Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti: (Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)


Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan para Rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada
hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. (Ali Imran 3: 193-194)

14 August 2008

"MALAM NISFU SYA'ABAN...?"

NISFU SYA'ABAN

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:-
1. Solat sunat Nisfu Sya'aban.......

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya.......
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah SWT
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah SWT
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban).......

Disusun dengan bantuan :-
Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

06 August 2008

MARI BELAJAR MENGAJI

AL QADR

(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan.
(2) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
(3) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
(4) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
(5) Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH BERPUASA

HIKMAH BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Assalamu'alaikum wrh.


Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH SWT untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH SWT dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH SWT sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH SWT. Menajamkan rasa kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH SWT mahu mendidik kita untuk susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH SWT kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH SWT. ALLAH SWT sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam menunaikan perintah-perintah ALLAH SWT, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan larangan-larangan ALLAH SWT lahir dan bathin. Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH SWT berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH SWT kerana merasakan segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH SWT. Malah mereka memuji-muji ALLAH SWT kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH SWT TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH SWT MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH SWT, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana ALLAH SWT.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH SWT, kerana ALLAH SWT. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH SWT. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH SWT dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Kita berlindung dengan ALLAH SWT daripada kerugian demikian.

Wassalam WA...

MARI BELAJAR MENGAJI

SURAH AL HUMAZAH

(1) Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
(2) yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya,
(3) dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya,
(4) sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
(5) Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
(6) (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
(7) yang (membakar) sampai ke hati.
(8) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
(9) (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

MARI BELAJAR MENGAJI

SURAH AT TAKAATSUR

(1) Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,
(2) Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
(3) Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
(4) dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
(5) Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
(6) niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
(7) dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin,
(8) kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megahmegahkan di dunia itu).

09 July 2008

KISAH IKAN DAN "TERLUPA"


Hmmmm aku cuma sambung cerita member aku yang di gorengnya dekat blog dier http://www.azharihamid.blogspot.com/ bukan main goreng baik lagi nampak bro....apa pun aku berbangga dan syahdu pun ada pasal aku ngan member aku sorang lagi diberi kebenaran untuk sama meraikan kejayaan besar dier menangkap ikan besar yang memang dah ditentukan nasib dier oleh Allah Taala hari tu untuk berjaya mendaratkan ikan sebesar betis Pak Ali....syabas kepada pihak SYABAS atas kesudian untuk mendengar keluhan rakyat dan menerima baik saranan MB Selangor untuk menjayakan manifestonya.....eh silap pulak.....syabas pada member aku berjaya dapat ikan tu dan terima kasihlah atas pelawaan sama untuk meranapkan tulang-tulang ikan tu....hehe aku cuma dapat sekor jer itu pun ikan talipia merah....si azhari dapat 3 talipia merah sebesor penampor rizalshah selaku orang paling besor kat LZS....dan 2 ekor Lee Koh sebesor betih Pak Ali tu......selaku tokeh kolam pancing.....anyway lepas dapat tu kitorang teruskan niat murni untuk melepaskan geram pada ikan-ikan tersebut di restoran Tasik Idaman ( fees buat promosi berapa yob..) kat bangi lama...kepada tuan puan yang berminat untuk berkunjung kesana silalah layari blog diorang yang dah lama dioran buat, haaa jangan lupa bawak duit bannyak sikit sebab harga boleh dan tahan....maka terjadilah peristiwa yang menyayat hati seperti di gambar atas........hehe masak stim masam manis dan tiga rasa....memang terliur.... .......opsssss ada lagi sebelum tu.....member aku ni si azhari punya best dan syok agaknya tarik ikan tu masa solat maghrib berjemaah......boleh pulak dier lupa rakaat...pastu siap argue imam...hampeh...tu la khayal sangat....asyik gitu bah....sampai sembahyang lupa rakaat nih....hmmm masalah...baru besor tu...aku rasa kalau dier dapat marlin ker....ibu gelama ker...jemudok ker....mahu tertidur dalam rakaat dibuatnya kot...mimpi dalam iman...tak pernah dan jarang berlaku tu......"genius book of rekord"....anyway kita doakan dier bahagia dengan batang jorannya.....gambar bawah ni....haaaaaa selosai......memang best.....slurrpppppppppp...............kata mawi....!

08 July 2008

BEWARE & AWARE

GAME yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam...sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku dan yang tak sedar dahpun berlaku...kalau dah laknat tu laknat jugalah sampai sudah....hmmmm, aku pasti ramai antara kita memember semua dah ada anak masing2 dan biasa manjakan anak masing2 cuma nak manjakan anak biarlah bertempat kan......dan beringat dengan perkara2 yang macam ni....

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"( dalam bahasa inggeris) dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal diakhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi ayat yg aku dah luper.....tapi x bleh ckp dah mmg game setan…pesan adik2 kite.. ngan abah2 kita dan kiter sendiri yang dah jadi abah ni....main game saidina ker, catur ker, sahiba ker, game ular ker.....kan bagus....

2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage... Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar..Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD…alamak....counter strike aku biasa gak main tapi tak jumpa la pulak mungkin aku tak nah sampai kat stage yang dimaksudkan kot....hmmmm KAUNTER LZS tak ada apa2 kan kan kan....

3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic...memang pun kalau korang tengok dan main game tu....kalau tak silap aku kat dalam cerita pun ada rasanya.......yahudi2......


Pesan Rasul SAW :-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah danRasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan, diorang (yahudi & syaitan) akan buat apa sahaja untuk menjatuhkan umat Nabi Muhammad SAW ni....so kita yang dah tahu ni harap berhati2lah dan bantulah mereka2 yang kat luar sana yang masih tak tahu apa2.....mungkin aku tak segagah hang perkasa tapi mungkin ini saluran yang sesuai untuk orang macam aku nak berdakwah....semoga pintu kebenaran terbuka luas untuk insan yang macam kita....TAKBIR.....ALLAH HU AKHBAR...

XPDC BUKIT CERAKAH









































MARI BELAJAR MENGAJI

SURAH ADH DHUHAA

( 1 ) Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
( 2 ) dan demi malam apabila telah sunyi,
( 3 ) Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,
( 4 ) dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
( 5 ) Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
( 6 ) Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.
( 7 ) Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung,
lalu Dia memberikan petunjuk.
( 8 ) Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan,
lalu Dia memberikan kecukupan.
( 9 ) Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
( 10 ) Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya.
( 11 ) Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya
(dengan bersyukur).

13 June 2008

PANTUN MINYAK

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami,
Memang dari dulu kami sokong sampai lani,
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini,
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi.

Memang kami tak tau pasai ekonomi,
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni ,
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie ,
Dapat gaji habis tak berbaki .

Pak Lah habag tak boleh buat apa ,
Nie semua ekonomi dunia,
Kalau tak naik nanti dunia kata apa,
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka .

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat,
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat ,
Nie dok nampak macam nak telan kederat,
Dok nampak kami yang nak melarat .

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat ,
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat ,
Tapi kalau macam nie punya sarat ,
Darah rakyat pun boleh sejat .

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi ,
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi ,
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi ,
Tu....yang lima tahun sekali tu....sapa bagi?

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana ,
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita ,
Apa jenis depa punya kira ,
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga .

Brunai tak leh kira,
depa punya minyak berlambak tak terkira,
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak,! tak kan jual minyak kita beli minyak depa .

Ada Petronas pun tak leh buat apa ,
Ada duit sikit, dah nak mengada ,
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua ,
Nak tunjuk, kami la kaya.

Petronas kata kami tak tau apa ,
Kerajaan yang buat kira bicara ,
Kami ikut apa depa kata,
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa .

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua,
Pakailah minyak petronas,
nanti untung dapat kat kita,
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta,Rakyat dapat apa ? Kudis buta!

Hari nie petrol naik, tahan la lagi ,
Tengok pulak apa cerita esok pagi ,
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili ,
depa pun sama tumpang naik sekali .

Nanti ada la menteri tolong bercakap ,
Sapa naik harga dia nak pi tangkap ,
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap ,
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap .

Pak Lah mau renung nasib kami ,
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi ,
Anak kecik pun dok ada lagi,
Boleh hidup ka kami lagu nie .

Dah tak larat nak tanggung cukai ,
Sini cukai, sana cukai ,
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai ,
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai .

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah,
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah,
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah ,
Dapat tender pun tak payah susah susah.

Kami rakyat bukan macam tu ,
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu ,
Sedih sungguh oh negara ku,
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu .

Dah sampai masa Pak Lah ingat ,
Selesai masalah rakyat cepat cepat ,
Nanti kot rakyat naik meluat ,
satu undi pun Pak Lah tak dapat .

Cukup la sampai di sini ,
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie,
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani ,
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi!

Hakcipta terperli dan hara....
Aku cuma dok ambik dan tulung baca ja...
Sapa makan cili dia la yang terasa...
Harap-harap lepas nih tak dak lagi yang merana....

12 June 2008

MARI BELAJAR MENGAJI

AN-NAAS
(1) Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia,
(2) Raja manusia,
(3) Sembahan manusia,
(4) dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi,
(5) yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
(6) dari (golongan) jin dan manusia.

09 June 2008

HADIAH OH HADIAH...


SELAMAT PENGANTIN BARU LAGI.....ANAK MAMI D' PENANG










Perghhhhh....antara soalan yang bakal diaudit sepanjang program dan selepas program :-

1. Makan......................?
2. Minum.....................?
3. Tol............................?
4. Minyak....................?
5. Pengantin................?
6. Majlis.......................?
7. Tapau......................?
8. Gambar...................?
9. Hanimun.................?
10. rrrrrr lu pikir lar sendiri.......
Anyway....selamat pengantin baru baru dari kami kami semua...semoga jenje dan suami....totttt....selamat menimang cahaya mata hingga ke anak dan cucu....jangan lupa nanti nak bagi nama anak contack kami.....adios.....TAHNIAH LAGI.....!

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT MENJAMU..








TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !
Barangkali itulah antara ucapan keramat yang selalunya dilontarkan kepada bapa sipengantin baru dan tidak lupa juga kepada pengantin barunya...apa-apa pun dari kami semua semoga kalian diberkati Allah SWT atas apa yang kalian usahakan dan semoaga ini adalah satu titik mula untuk kalian membina empayer kalian sendiri didalam rumahtangga...Doa kami agar penyatuan hidup kalian ini menjadi sesuatu yang amat bermakna kekal sehingga anak cucu kelak. Pehhhh memang best....xpdc yang memang menarik...bukan senang nak cari lokasi yang memang tak da dalam peta nih (Changkat Jerung)...balik siap kena redah banjr dan hutan belukar lagi....for pengantin...
...TAHNIAH LAGI...

06 June 2008

INFO PENGETAHUAN "TIDUR"




Tidur Siang: Pandangan Islam & Saintifik..
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di sianghari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari.Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untukkesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini,berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktusiang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga,tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur keatas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yangberkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan merekauntuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti."
(Napping News:'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,' from eFuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' asecondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony,Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art ofNapping at Work.'Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges danRoger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep andAlertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspectsof Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari CornellUniversity juga telah merumuskan bahawa tidur di tengaharisekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain,Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satujam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,'Family.com)Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atasproduktiviti berdasarkan kajian 25 tahun) Gambar seperti didalam contoh adalah menunjukkan sebahagian daripada jenis tidur siang tapi yang nih kronik sikit...tidur dalam kursus....MC program plak tuh......TQ Anis atas info yang berguna ini.....

28 May 2008

SELAMAT KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM
Selamat pulang ke tanahair kepada sahabat-sahabatku, ustad-ustad sekelian, Tuan Hj Hassan, Tuan Hj Tamsir, Tn Hj Asaari dan semua rombongan umrah 2008 yang lalu...sekejap jer kan...pejam celik dah habis korang semua g umrah...tahu tahu dah nak balik dah....MACAMANA ?....mesti best kan...anyway walau best macam manapun doa yang kalian pohon pasti pengubat segala keresahan yang terkandung sejuta pengertian...moga permergian tempoh hari membenihkan sejambak jambangan bunga-bunga syurgawi didalam diri. Selamat pulang dari kami.

23 May 2008

MARI BELAJAR MENGAJI

AL-FATIHAH
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
(4) Yang menguasai hari pembalasan,
(5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada
engkaulah kami mohon pertolongan,
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(7) Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

20 May 2008

WAJAH DUNIA HARI INI

Assalamualaikum...
hmmmm aku setuju dan suka baca artikal Tuan Haji Yahya Arif kat dalam blognya...memang betul pun apalah nak jadi dengan dunia kita hari ni kan...dulu, kalau dalam berita jam 10 selalu disebutkan pasal dunia hari ini nih tapi sekarang orang dah lali dah....sebut apa pun macam tu gak yang perang sentiasa diteruskan dengan perangnya...keluar dan tunjukkan segala macam mak nenek jenis senjata yang ada dan macam-macam lagi...takut aku tengok, senjata utama kita orang Islam nih tetap ada....DOA...banyakkan doa, diorang bantai umat kita di palestin, di gaza, di lubnan, di mesir dan sebagainya Tuhan bantai negara diorang dengan seribu satu macam musibah, dengan banjirnya, kebakarannya, krisisnya....DOA jer.....itu belum turun joint tu...masyaAllah....
Ni ha baru ni...belum habis pasal kemarahan umat Islam yang teramat sangat dekat ahli parlimen belanda pasal mencipta filem 'fitna' yang dah memang fitnah dan menghina Islam sejagat dah tumbuh pulak satu macam lagi kekurang ajaran Israel dan Amerika terhadap Islam...apa taknya dalam banyak-banyak benda yang boleh digunakan sebagai sasaran menembak...Al-Quran juga dijadikan sasaran mereka...KURANG AJOR tak bertempat ler tu....tak sekolah punya tentera diorang nih....patutla banyak sangat musibah yang berat-berat berlaku sekarang nih....banjir besar, manusia mati dalam kuantiti yang ramai, berlakunya perkara-perkara yang pelik-pelik seperti manusia berbadan haiwan la itu la ini la....hish..., tempat yang tak pernah kena gempa bumi nah kena kau...yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin hmmmmm, tu ha satu lagi...setiausaha kepada rasul melayu katanya...anak Hj. Kahar terus menerus mempertikaikan kebenaran lantikan ayahnya sebagai rasul dan ajaran yang dibawanya adalah sahih....la nih pulak orang kalau nak bunuh membunuh nih suker-suker jer...macam buat apa jer...orang nak keluar masuk Islam sesuka hati posmen mak nenek sebelah bapak sedara dia jer.....nasib baik tak hidup sezaman dengan zaman khalifah dan sahabat terdahulu....kalau tak dah kena pancung dah....
macam ni lah...sebenarnya aku rasa segala yang berlaku kepada dunia hari ini adalah berpunca daripada manusia hari ini juga.....makhluk yang ada pada hari ini gak...kita-kita yang ada pada hari ini gak....tak kan nak salahkan kambing ngan lembu ker atau ngan biawak ker tapir ker....rakus, tamak haloba, nafsu dan segala macam mak nenek punya kemungkaran...tak pasal-pasal nama mak nenek naik...muhasabah la sekejap, ingat kat anak-anak, ingat kat bini, ingat kat emak dan bapa, ingat kat junjungan mulia, ingat kat Tuhan, ingat kat diri sendiri, ingat kat iman dan amal, ingat kat banyak perkara sebenarnya...muhasabah balik...ya lah....Tuhan tak timpakan sesuatu musibah tu hanya kepada satu orang manusia yang jahil tetapi sekelian perkara dikelilingnya yang ada....kaumnya sekali dan segala yang bersangkutan yang ada.....ingatlah.....bangkitlah....bersama menentang kemungkaran dan kezaliman yang berlaku....takbir !!!.....TQ Pak Ya...

14 May 2008

INFO PENGETAHUAN..."BUAH"

Majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun :-
Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean , banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing dikalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Dibeberapa kawasan di Iran dan di Iraq , air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh d ira wati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Kurma
Hindar Gangguan Usus- Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
Pisang
Merawat Kudis dan Luka -Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh d ira wat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
Mangga
Penawar Penyakit Hernia - Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh d ira wat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat
Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang- Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
Belimbing
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

13 May 2008

LE TOUR D' KLCC







Salam....gambar ni disnap sekitar KLCC waktu keluarga mertua dan adik ipar aku datang kat umah...dioarang saja datang KL untuk lawat projek ikan keli adik ipar aku yang kena tsunami dan jengok-jengok cucu diorang la....aku bawa diorang gie KLCC & jalan-jalan kat KL pastu esoknya sebelum balik aku bawak diorang masuk terowong smart....hehe

12 May 2008

MUHASABAH DIRI



ASSALAMUALAIKUM

! DIMANAKAH ANAK ANDA KETIKA INI !
Chor bukannya apa, sebenarnya pagi tadi chor ada terdengar dalam berita kat radio bahwa ader sorang kanak-kanak yang meninggal sebab tercekik agar-agar, terus Chor teringatkan kat anak Chor yang dua orang tu...Chor boleh bayangkan ini mesti baby punyalah....cuba bayangkan asbab untuk meninggal tu macam-macam. Tengah makan pun boleh meninggal..
agar-agar atau jeli kan ker benda yang elastik dan mudah hancur itupun boleh jadi sebab
untuk meninggal...Chor tahu memang dah ajal ketentuan Ilahi nak buat macam mana
tapi cuba kita fikirkan pula kita nih....sakit kat badan dah macam-macam
yang dah berumurnya, Chor punya kawan, mak mertua dier ada sakit macam-macam
dan pagi tadi dah dapat berita dah meninggal dunia...sebelum tu ayah kepada member kita Abdul Halim Abu Bakar juga kembali ke rahmatullah..alfatihah..
salam takziah buat keluarga mereka...apa yang Chor nak kongsi
adalah sejauh manakan kita yang masih hidup nih
telah memuhasabah diri kita sebaik mungkin...
DOSA, PAHALA, SOLAT, PUASA, SEDEKAH, ZAKAT
dan macam-macam lagi....
bawak-bawak ler kita fikirkan bersama.

SALAM TAKZIAH

ASSALAMUALAIKUM
Salam takziah buat ibu mertua sahabat baik kita saudara Syarifuddin Muda atas pemergian ibu mertua tercintanya ke rahmatullah pada pagi Isnin, 12 May 2008 hari ini....kami di LZS dan di blog-blog seantero dunia sentiasa mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama insan-insan yang terbilang....semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Allah....sebelum ini pada petang 4 May 2008 tempohari bapa kepada saudara Abdul Halim Abu Bakar kembali ke rahmatullah dan kini ibu mertua kepada Dino dijemput Tuhan Maha Esa....esok-esok tak tahu lagi...muhasabah diri..."benarlah jua akan janji Tuhan itu bahawa AJAL & MAUT itu tetap berlaku dan sesungguhnya memang ADA...Allahuakhbar"......Alfatihah buat arwah.

09 May 2008

INFO PENGETAHUAN..."ACCIDENT"

Aku suka baca artikel nih....walaupun ciplak tapi banyak ilmu yang berguna tu...jangan tahu tengok kemalangan atau insiden yang macam tu tapi tak tahu nak buat apa.....haaaaa belajar !!!aku ambil artikal nih dari blog seorang kenalan (Dr) yang aku kenal....

Nyam...Nyam.. Nyammmm....
Assalamualaikum...Ngeri betul tengok gambar ni.....Untuk pengetahuan anda, ini bukan teknik superimpose... memang kepala buaya yang tengah gigit tangan orang tu adalah kepala buaya yang sama dengan tuan punya badan buaya itu... Berbeza daripada artis kita yang tak pernah mengaku kalau di frame... asyik2 cakap super impose... maklumlah dah takde idea dan alasan untuk menafikan. Atau mungkin juga ada di antara anda yang ingat bahawa tangan tu sebenarnya yang kena superimpose... Tapi itu juga bukan. Tangan itu adalah tangan manusia yang sebenar.


Kembali kepada si buaya. Buaya itu jujur dan ia tidak menafikan... malah ia cuba pula tersenyum ketika gambar ini diambil. Namun, menurut ceritanya, tangan itu sempat diselamatkan dan disambung semula kepada tuannya oleh doktor.
Apa yang saya nak sampaikan di sini bukan perihal buaya dan tangan itu. Apa yang nak disampaikan di sini ialah sekiranya anda terjumpa mangsa yang terputus tangan, jari atau kaki, selain daripada anda menjerit dan pengsan, ini adalah di antara yang boleh anda lakukan :-


1. Mintak tolong... hubungi mereka yang patut dihubungi.


2. Selamatkan anggota yang putus tu daripada lebih tercedera (ambil anggota itu dan selamatkan dari longkang atau dari tengah jalan - dikhuatiri lebih teruk jika dilanggar)


3. Bersihkan dan lapik (wrap) dengan kain bersih basah. JANGAN masukkan secara TERUS dalam ais! Jika dimasukkan terus, semua salur darah kecut dan ini akan menyebabkan anggota tu mati (gangrene)...


4. Lepas lapik semuanya dengan kain basah, masukkan ia kedalam beg plastik.


5. Lepas tu baru cari beg plastik kedua... isi kan ais di dalam beg plastik kedua... .


6. Masukkan beg plastik pertama (anggota yang dilapik dengan kain basah) ke dalam beg plastik kedua (bekas yang ada ais). Prinsipnya tiada sentuhan terus di antara anggota putus dengan ais.


7. Jika anda ada pada waktu kejadian, tulis masa kejadian berlaku (sangat penting untuk doktor tahu bila mulanya kejadian itu untuk menganggarkan waktu gangrene)..


8. Letakkan anggota terputus bersama dengan tuan punya di dalam ambulans. Jikalau organ yang putus jer yang sampai ke hospital tetapi tuan badan masih tidak sampai lagi, dikhuatiri akan menimbulkan histeria di Jabatan Keecemasan... Lebih-lebih lagi kalau akhirnya dapat tahu, tuan punya badan pergi hospital lain.. tangan kat HKL.. tuan punya badan kat HUKM... jauh tuuu.. wahaha...Ok..


Perkara di atas untuk mereka yang berani sahaja... kalau rasa-rasa tak berani (saya pun bukan berani sangat)... tak payah tunjuk keberanian anda... Serahkan kepada yang berani. Nanti anda pulak yang kena usung ke hospital...Wallahu A'lam...

SELAMAT ADIOS

Selamat Adioshhh.....tukang layan gelak besor,
huhu pas nih aku sesorang la layan kepala hotak aku sendiri...yang tak botak ,
member aku nih tukar potfolio plak...
tapi tak pa still satu Jabatan, moga sukses dengan kerjaya dalam bidang masing-masing...Selamat Adioshhh

08 May 2008

XPDC PULAU SEMBILAN


Salam....hehe detik paling mengterujakan (bahasa melayu kuno) apabila dapat offer daripada abang aku sendiri untuk ke Pulau Sembilan yang & memang terkenal dengan saiz ikang-ikang yang besor belaka & dah memang famous dikalangan kaki-kaki pancing macam kitorang. Pagi Sabtu lalu kitorang bertolak sampai di pengkalan TLDM Lumut dah tengahari...memember abang aku dah panas bontot tunggu kitorang (aku, bapak aku & azhari)....sori la bro hari hujan tak leh laju....sampai jer kitorang terus naik bot pelampung utk naik kapal besar yang dah tunggu kat tengah laut....fuh memang best....kitorang mula memancing dan menikmati keindahan pulau tersebut sekitar pukul 3 petang sampai la pagi tengahari esoknya....macam-macam pengalaman kitorang dapat...dengan tali sauh terbelit kat shaft kipas, pancing aku patah, lampu kapal tak menyala (shorting), hanyut dibawa arus, kena ombak besar gila....aku rasa sepanjang pengalaman memancing yang ader inilah pengalaman yang best....esok-esok tak tahu la....Pulau Sembilan nih rupanya bukanlah satu pulau tetapi ada sembilan pulau yang mengelilingi Pulau Pangkor....hmmm fakta yang menarik cuma nama dier jer dan rupanya ramai orang yang berkampung kat sana....samada nak memancing atau nak beriadah....selama satu hari suntuk kat sana kitorang cuma dapat ikan merah, jenahak, kerapu, sarjan dan tudung periuk.....cukup puas utk pemancing biasa macam kitorang.....ok bro...adios.

07 May 2008

WPC...waja performance club

Assalamualaikum....
hallu kengkawan waja...hehe wa dah daftar dah..tu tengok sticker biru tu amacam gempak tak....ha apa lagi meh la joint ramai-ramai tak kan tak ader beran......kalau kat KKB atau T. Malim korang boleh hello ngan helmi untuk dapatkan info WPC/waja performance club tu dan kalau kat cheras nih tanya kat aku pun boleh....kalau nak borang pendaftaran tak da hal punya...kalau tak silap aku yuran keahlian RM50.....(RM30 utk tahunan & RM20 untuk seumur hidup).........
hubungi 019-3880837 fadzli @ 019-3880745helmi.....ATAU
layari laman web WPC dan dapat memember untuk dihubungi disana....

Nota : ini bukan pertubuhan haram...hehe, kami bukan ah long kami cuma nak tolong.

DI MANAKAH SHARLINIE...?

Dimanakah adik Sharlinie sebenarnya....?"Ya Allah .......sesungguhnya engkau maha mengetahui keatas apa-apa yang kami tidak ketahui"Marilah....sama-sama kita panjatkan doa agar kehilangannya tidak diratapi dengan kesedihan dan kehibaan....InsyaAllah.

06 May 2008

SALAM TAKZIAH

ASSALAMUALAIKUM
Salam takziah buat ayahanda sahabat baik kita saudara Abdul Halim Abu Bakar atas pemergian ayahanda tercintanya ke rahmatullah pada petang Ahad, 4 May 2008 yang lalu....kami di LZS dan di blog-blog seantero dunia sentiasa mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama insan-insan yang terbilang....semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Allah...."benarlah janji Tuhan itu bahawa AJAL & MAUT itu tetap ADA...Allahuakhbar"......Alfatihah buat arwah pakcik Abu Bakar...

30 April 2008

INFO PENGETAHUAN..."ANTIBIOTIK"..

Renungan dari seorang pakar :-
Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan. Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh. Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh.

Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR.
Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian.

Ada beberapa sebab...
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapatgarisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukardibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati. "Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya
Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.
Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.
Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.
Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.
Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan. Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!! .....haaa apa macam....

21 April 2008

ALAHAI BABI...DAH LA TU....

Alahai BABI....dah lah ko ni binatang yang masalah, macam-macam pula tohmahan yang ko dapat pastu buat masalah dan onar plak tu lagi...tup tup disebabkan ko BABI kami manusia tak pasal-pasal gaduh.....tak guna punya BABI ( bagi orang lain mungkin berguna hehe)....macam ni lah....kalau kita rasa kita tak tahu apa-apa percayalah Tuhan akan memberitahu kita bila sampai masanya...... kalau kita tahu kita mengetahui segalanya percayalah Tuhan itu lebih-lebih mengetahui dari segalanya.....

17 April 2008

YER KER NIH...

Salam..... yob yob sekelian...chor nak tanya lar...betul ker Raja Muda Perak, Tengku Nazrin ada menyatakan hasratnya untuk mengKORPORATKAN Pusat Pungutan Zakat Perak yang sebelum ni bergerak dibawah Majlis Agamanya....mungkin satu perubahan besar-besaran akan terjadi dalam strukturnya....chor bukannya apa sebab chor ada dengor dari member baik chor kat sempadan tu....kalau gitu la gayanya....moh ler ramai ramai kita mengulor kesana....hehe.....hidup Perak.....

16 April 2008

FW: PESANAN DARI CELCOM

Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan no.telp yang tidak dikenal atau terdaftar di Tel. Anda, berkata bahwa dia (lelaki/wanita) memanggil dari division engineering/teknikal sesuatu syarikat atau salah satu vendor/operator cellphone yang ingin memeriksa sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun, dan selanjutnya dia berkata bahawa kita harus menekan key... 90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod huruf). Cepat-cepat matikan/putuskan sambungan telefon tersebut tanpa menekan key yang mereka minta. kerana ketika ini ada penipu! -penipu yang menggunakan peralatan canggih dimana jika anda menekan key .90 atau ..09 maka penipu-penipu tersebut dapat mengakses SIM card telepon kita dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar setiap panggilan yang mereka lakukan. Sila forwardkan kisah ini kepada semua sahabat/teman anda untuk mencegah tindakan kriminal ini dan juga ada beberapa issue lainnya. jika anda menerima panggilan di telepon bimbit/cellphone dan layar cellphone menunjukkan/display seperti ini : (XALAN). JANGAN TERIMA SAMBUNGAN TELEFON TERSEBUT, SILA MATIKAN TELEFON ANDA DENGAN MENEKAN KEY POWER(ON/OFF) CELLPHONE ANDA. Kerana jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka cellphone anda akan terkena virus. virus ini akan menghapus seluruh IMEI dan informasi IMSI dari cellphone dan SIM card anda, anda selanjutnya akan terputus hubungan sama sekali dari vendor/operator anda. (dimana anda harus mengganti cellphone dan SIM card anda dengan yang baru). Informasi ini telah disah dengan Motorola and Nokia ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telepon bimbit/cellphone yang terkena virus ini anda juga dapat membaca berita ataupun informasi mengenai hal ini di laman web CNN. SILA SAMPAIKAN PESAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN WARGA SEKALIAN..

Regards,

Yaruddin Abu Bakar
CME Northern Region Celcom (M) Berhad

15 April 2008

NI APER CITER NIH.....Allahuakhbar...

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK...GlaxoSmith....


Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnyamengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

MIMPI..huhu....LOVE U ALL SO MUCH...

Hmmmm....kengkawan, aku nak kongsi sesuatu la ngan korang....baru-baru nih aku mimpi anak-anak aku yang comel dua-dua orang tu mati lemas depan mata aku....masyaAllah....sesapa pun akan fikir yang bukan-bukan punyalah....tambah pulak kiter nih banyak buat dosa kan.....huhu....

Macam ni ceritanya....
Aku mimpi aku pegang anak aku dua-dua orang naik bot tak tahu nak gie mana, yang logiknya bini kesayangan aku yang bawak bot tu (masa bila dia pandai aku pun tak tahu) dan lagi bertambah logik lagi aku ngan anak-anak aku tak duduk dalam bot tapi kitorang duduk kat atas bumbung bot....aku dukung Farhana dan Batrisyia duduk kat sebelah aku......bila bini aku tekan jer minyak bot untuk gerak terus aku ngan anak-anak aku terpelanting ke belakang, sedihnya anak aku dua-dua orang jatuh kat dalam laut tu dan aku sempat berpaut kat bot.....lagi bertambah sedih aku tengok sendiri diorang terkapai-kapai dan tenggelam kat situ....huhu......bayangkan dalam mimpi tu kitorang laki bini dok cari punya cari pusing punya pusing tapi tak jumpa gak....yang cuma nampak bebayang budak-budak tu kat dalam air....aku ngan bini aku nangis macam budak-budak.....ANAK BRO...aku tak dapat tahan la bro.....aku terjaga dan aku tengok wajah bini aku, Batrisyia & Farhana.....menung kejap....memikirkan sesuatu dan terus berfikir....aku minta petunjuk dari Tuhan.......mana tahu kalau ada maksud tersirat....aku jadi takut la bro....aku sayang diorang semua....muhasabah diri aku sekejap nih bro....aku rapat ngan diorang terutama ngan kakak.....hmmm sebenarnya apa ya yang nak diberitahukan.....mainan tidur ker, syaitan ker....atau....Allahuakhbar.....Lailahaillallahu Muhammad Rasulallah

Satu perkara aku nak kongsi bersama, any komen...silakan :-
Bulan depan aku nak turun Pulau Sembilan ngan bapak & abang aku....memancing...

INFO PENGETAHUAN..."MARJERIN vs MENTEGA"

MARJERIN...

Pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalumereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ....
perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterolberbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumurhidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermaknahidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini...
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut :

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada PLASTIK.....

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? BAGUSLAH KALAU DAH TAHU....Hmmmm takdo kuih rayo lar tahun nih.....siasat dulu...

INFO KESIHATAN..."DIABETICS"

Apa Dia Penyakit Kencing Manis...
Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?
Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.
Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat ?
Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.

Pil ?
Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini. Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting...
- Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis
- Mengelakkan atau mengurangkan akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat
- Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia
- Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil
- Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna
- Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan
- Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan ?
Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan. Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian.

Makanan yang patut dielakkan....
Gula
Gula melaka
Coklat
Jem
Madu
Sirap
Aiskrim
Biskut-biskut yang manis
Susu pekat
Minuman ringan
Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan...
Nasi
Roti
Ubi kentang
Ubi keledek
Ubi kayu
Jus
Kelapa
Daging kambing
Buah-buahan jeruk
Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas...
Serbuk lada
Rempah-rempah
Serbuk kari
Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.

Penjagaan berat badan...
Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun

Kalau anda gemuk...
Kurangkan makanan !
Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
Bersenamlah selalu

Senaman...
Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik

Perkara untuk diawasi...
kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan...
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
Selalu menjaga kebersihan diri
Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
Mandilah selalu
Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
Jaga kebersihan gigi
Menjauhkan diri dari kecederaan
Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
Berhati-hati semasa bercukur
Penjagaan kaki, Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
Jangan pakai kasut yang ketat
Sentiasa urutkan kaki anda
Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit.

Apakah komplikasinya jika tidak dirawat dengan baik...
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
Buta
Kerosakan buah pinggang
Sakit jantung dan penyakit lumpuh
Darah tinggi
Penyakit saraf
Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat

01 April 2008

ADAKAH ISLAM ITU TERRORIST ?...TAKBIR.

Tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran. Lagi perbuatan yg keji oleh yahudi yg mana tlh dinyatakan dlm al-Quran (tidak akan redha yahudi dan nasara sehgga mengikut agama mereka). Apakah tindakan kita, selain mengutuk dan mengkeji perbuatan mereka, atau melihat sahaja. Salah satu cara lain ialah memBOIKOT barangan yahudi. Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini.



BOIKOT BARANGAN YAHUDI!!! Jangan jadikan setiap sen yang kita belanjakan sebagai peluru yang membunuh saudara seagama kita.



SYARIKAT PEMBUATAN MAKANAN
1) Syarikat Egypt Taste Powder (Biskut Samba, Biskut Fun & Lays)
2) Syarikat HEINZ
3) Syarikat Lambert (Chicken Adams, Clorets, Snack & Hall)
4) Syarikat Hostess (Twinkies, Hoshos & Cup Kek)
5) Syarikat Coca Cola (Coca Cola, Fanta, Sprite & Pepsi)


SUPERMARKET
Sainsbury's atau Edge


KEDAI MAKANAN
1) Mc Donald
2) Kentucky Fried Chicken
3) Arby's
4) Chicken Tikka
5) Pizza Hut
6) Paradise
7) Mc Burger
8) Kantis


ALATAN PENCUCI & KECANTIKAN
1) Syarikat Procter & Gamber
2) Lampin Bayi Pampers
3) Tuala Wanita Always
4) Sabun Pencuci Ariel, Tide & Sun Silk
5) Syarikat Relvon Make Up
6) Syarikat Johnson (Raid & Glade)
7) Pwangi Udara Shout
8) Pencuci Tandas Duck & Mobin Red
9) Pelembut Fabrik Berjenama Dowmy
10) Barangan Syarikat East In Sambel
11) Barangan Syarikat Ernd Lopez For Milan
12) Barangan Syarikat Beverly Hill
13) Barangan Syarikat Sitreen


SYARIKAT BATERI
1) Bateri Kereta (Milestone & Power)
2) Bateri Kecil/sel kering (Energizer, Eveready & Duracel)


SYARIKAT ROKOK
Hampir Keseluruhan kecuali Cleopatra (Mesir)


PERALATAN SUKAN
1) Nike
2) Power
3) Youngers


ALATAN PEJABAT
1) Syarikat Delta Egypt
2) Pen Schiffer & Parker Schiffer
3) Higher


ALATAN KOMPUTER & TALIAN
1) Max
2) Uracel
3) Digital
4) Motorola


LAIN-LAIN SYARIKAT/PRODUK
1) Syarikat Xerox (Kemudahan Fotostat & Filem)
2) Barangan Berjenama White Westinghouse, Alaska & Kelvinator
3) Gas Berjenama Magis Ship
4) Syarikat Pizzel & Ideal Standard
5) Pendingin Hawa berjenama Trane, Union air, Miraco Gibson, Filco & Aero
6) Pure & Clear
7) General Electric
8) Kad Telefon AT & T
9) Hotel Intercontinental, Marriot, Hilton & Sheraton
10) Filem Hollywood
11) Saluran Network TV Show Time


Rujukan:
Artikel dalam akhbar Massa dan Wafd dan Saranan ini telah dicetuskan oleh :-
Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Jumhuriah Misr).

27 March 2008

TEAM FISHERMAN LZS...

26 March 2008

LAWAN TOKEY NAMPAK...



aNaK baPak.....

HE..HE MACAM KENAL JER...


RosHamNooR bayar ZakAt FiTrah

TINGGAL KENANGAN...


sama-sama kita panjatkan doa keatas rohnya....semoga dicucuri rahmat.
......alfatihah.....

25 March 2008

My DouGhtEr...


FADHLIN BATRISYIA
&
FADHLIN FARHANA

HE HE KARTUN.COM











click ajer dekat gambor tu...
kalau dah rabun tu buat ler cara rabun.....hehe

24 March 2008

TEAM FISHERMAN LZS...






21 March 2008

HMMMM...


mY cAr......iNilah KeTo KeSayAngAn Den...

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN KONTINJEN LZS...

Tahniah atas kejayaan kontinjen maulidur rasul LZS kali ni yang menggondol ranking antara peserta terbaik dalam perarakan yang telah diadakan baru-baru ni di Stadium Malawati Shah Alam....tahniah jangan tak tahniah...tahniah jangan tak tahniah...!

17 March 2008

INFO PENGETAHUAN..."JANTUNG"

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .....Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca artikel ini lalu menyebarkannya kepada orang-orang lain InsyaAllah kita mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. **Jadilah teman yang setia......!!!!

14 March 2008

RAKAN SEPERJUANGAN JOWS...


Inilah dier rakan sperjuangan aku...satu wilayah satu wawasan, satu pasukan satu wawasan BONUS lain-lain kawasan....JOWS/ Jabatan Operasi Wilayah Selatan.

ANAK MAMI MANA LA NIH...

Assalamualaikum.....
haaaa....ini sorang lagi member aku...eh silap, member bini aku...dia ni anak mami penang...best frenz bini aku...belajar sama...naik kapal terbang sama...gi shooping sama...pendek kata dia ni memang pendeklah...huah huah huah...ok lah korang boleh panggil dia JENJE...nama sebenarnya apa ntah....NoorFadhlina...hah korang jangan nak menggatal plak itu tunang orang tu...k bro babai.....kahwin 30 May 2008 nih....hmmmm nak g ker tak nak......$$$$$$

BOS AKU SEKARANG...ESOK-ESOK TAK TAHU...hehe

Haaaa.....ini yang dua orang ni adalah bos-bos aku...yang pakai songkok tu aku punya Ketua Operasi Wilayah & yang macam playboy/stylor tu aku punya Penolong Ketua Operasi Wilayah...so far diorang ni baik-baik belaka dan layak diiktiraf untuk jadi bos kat mana-mana pun...kuang kuang kuang...jangan marah bos...hehe




PANGLIMA PARANG KONTOT...




Huah huah huah....ini yang macam panglima ni namanya Mr.Pasak Jantan atau lebih dikenali di kalangan kitorang adalah Azhari...dulu budak ni memang cecita dia nak jadi pengapit sultan kat Istana Kuala Kangsar nun tapi tak cukup tinggi, dia punya lembing lagi tinggi dari dier da.....anyway ini member baik aku jangan kacau rrrr......ok bro...salam....opsss mamat ni DAH KAHWIN...kalau nampak dier menggatal bagi tahu aku...hehe


HAPPY BESDAY ELIN...







Selamat Hari Lahir...ini gambar majlis kesyukuran anak sulong aku masa tu umur dier masuk 2 tahun...alhamdulillah aku masih lagi sempat tengok anak aku sampai umur dier masuk 2 tahun...masa ni anak aku yang nombor dua baru lahir dalam 3 bulan rasanya...kalau diizinkan tuhan aku nak tengok anak-anak aku membesar depan mata aku sampai aku lepaskan diorang pada yang selayaknya...amin....Opsss yang sebelah elin tu...dia punya sepupu yang cewet...

POLITIK OH POLITIK...

Salam bro....sihat kome semua ? InsyaAllah chor doakan kome semue sihat belake...chor nak kongsi beberapa persoalan dengan kome semua, malam tadi kitorang ader mesyuarat tingkap dengan memember BTHO Suakasih, ala nyembang gitu-gitu jer...tapi yang tak syok chor dapat banyak sangat persoalan demi persoalan teruatamanya dalam hal politik & pilihanraya yang baru lepas ni...sebenarnya chor nak tanyer ler kome semua yakin ker BA dapat memerintah dengan baik macam BN buat ? bukan nak kata apa tapi belum apa-apa BA dah pening kepala nak setlekan pasal siapa nak jadi MB negeri yang menang...dan dengar kata dah ada pertelagahan antara BA sendiri...ini bukan provokasi tapi cuba fikirkan apa akan jadi...NEGARA KITA SUDAHNYA MUNGKIN AKAN TERJUAL...! kita sama-sama memangkah dan chor harap kita semua telah membina satu empayer yang betul...ok bro.....salam.

AL USTAZ...



Haaaaa.....ni pun member aku gak...nama dier ustaz kokong...ini bukan aksi pegawai zakat terlampau tapi inilah realiti kehidupan nak gambarkan macamana kasih dan cintanya si suami kepada isteri...nak gambarkan macamana al kisahnya sebuah rumah dan tangga yang baik dan ceria...hidup kena ceria beb...hehe

MACAM-MACAM HAL ADER...

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya…Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan: 1. Jangan sesekali tarik spray wiper; 2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakanPandulah dengan selamat, wallahu a'lam.P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

13 March 2008

MENYAMPAH...

Assalamualaikum....
macam-macam perangai manusia terserlah lepas pilihanraya ke 12 ni, taksub sangat pun ader...poyo pun ader, perak macam tak pernah menang/kalah...aku tak da lah sokong sangat pihak yang kalah tapi kurangnya yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan...hmmmm ader yang kalah dan ader yang menang dan semuanya dah buat satu keputusan dan pilihan yang amat bijak dan rasional rasanya...pasal tu orang kurang sioman tak bleh mengundi...ye kerrr ? Apa-apa pun sewajarnya dan sepatutnya kita bersyukur keatas apa yang telah berlaku...dan sekali lagi kita wajib berdoa untuk perkara yang akan berlaku...
Aku bukannya apa pun...pagi tadi ader sorang hamba Allah SWT ni datang kat pejabat dan ngomel macam-macam itu tak puas ini tak puas seolah olah semuanya dia nak ubah bagi dier puas...semua orang pada dier tak bagus yang bagus cuma dier sorang jer...extream sangat aku tengok dah naik MENYAMPAH aku dibuatnya...bila dia sentuh bab zakat lagi la aku naik meluat...tak pasal-pasal pegawai zakat dituduhnya seleweng duit zakat la apa la...cakap tak da bukti plak tu...main serkap jarang jer...nonsens punya orang la....bila aku tanya dia dan kawan-kawannya yang diagungkan tu bayar zakat tak....katanya TAK ! hampeh dengan selamba jer...diorang bayar sendiri katanya kat fakir miskin yang diorang jumpa....aku ni tak sekolah agama tinggi pun tak ada sijil agama tinggi pun tapi kurangnya aku boleh gak menilai mana buruk mana tak...mana baik mana yang tak baik...JANGAN MAIN HENTAM jer bro....nasib baik Tuhan dah kata golongan yang macam ni yang sentiasa mempertikaikan kewujudan harta zakat ni memang WUJUD....nasib aku dah prepared awal-awal.....come on la bro...tak perlu jadi extream...orang lain akan takut...bangsa lain akan cap yang bukan bukan dan yang penting ISLAM tak ajar kita jadi extream gila tut........so husnuzon la sikit.....apa la...buat insan yang aku maksudkan aku minta maaf bebanyak, sebelum you ubah apa-apa baik you yang berubah dulu...ok bro...adios...

07 March 2008

TUMPANG SEKAKI...

Alamak.....masa bila pulak korang dapat bergambar ngan Dato' ni wehhh....masa ni aku tak ada kalau tak silap ini bulan ramadhan ni....anyway kira bertuah la dapat bergambor dengan antara orang-orang yang hebat di negara yang namanya Malaysia ni cuma muka-muka yang tiga oran tu jer kot yang tak bertuah....tapi takpa asal dapat bergambar cukup la......haaa pengumuman, yang sorang macam warganegara pakistan tu dah nak kahwin esok.....ok lah babai.

06 March 2008

KAHWIN OH KAHWIN...

Ni....member kitorang, nama dier Hatta...dulu bujang sekarang dah kahwin...kahwin gak member aku ni akhirnya...anyway syukur pasal dier dapat buah hati yang lawa...segagah orangnya gak. Si Hatta ni sebenarnya orang kampung aku gak tapi bukan kampung yang sama la, dier dari kampung seberang....pinang sebatang huhu...Sama cantik sama padan, kami semua doakan al ustaz bahagia bersama is3 tercinta...Amin.

05 March 2008

BEWARE....!

LELAKI KUCING
...Sila Amati & Berhati-Hati Dengan Lelaki Ini...
DIMANAKAH ANAK ANDA KETIKA INI...!

PANDUAN BILA TIBA HARINYA MENGUNDI

"
Kalo istri tido mengiring kekiri, pangkah BN."
"Kalo istri tido mengiring kekanan, pangkah PAS."
"Kalo istri tido telentang, pangkahlah dia dgn sebaik2nye."
Ade lagi.....
"Tapi kalo istri tido meniarap, jgn pangkah......
Nanti undi rosak" ....huhu
Niatnya lebih afdal dibaca sewaktu melangkah keluar untuk pergi mengundi pada8 Mac 2008 ni
Lafaznya:- "Sahaja Aku Masuk BARISAN, untuk undi PAS, kerana KEADILAN."
"SELAMAT MENGUNDI DAN MEMANGKAH"

04 March 2008

WPC...Waja Performance Club

Assalamualaikum..........
kawan-kawan seangkatan yang ader minat untuk berkonvoi, biasa buat kerja amal, suka ekspedisi lasak & terasa nak jalan-jalan
dakwah ker negeri orang secara kumpulan....jom kita ramai-ramai joint WPC...waja performance club. Buat masa ni yang aku tahu dekat LZS cuma aku ngan helmi damanhuri jer yang dah daftar, itu pun kitorang baru jer daftar seminggu yang sudah. Kat dalam laman web boleh tengok apa antara aktiviti yang diorang biasa buat. Setakat yang dimaklumkan keahliannya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang berprofil hebat-hebat dan berkerjaya, daripada kita joint mat rempit baik joint kelab yang ader kelasss gitu....racing-racing tak ader bro...aktiviti adalah santai lebih kepada riadah sama family dan kemasyarakatan. Aku pun dah ushar dia punya website dan setakat ni WPC ada track record yang bagus la....antara kelab yang tak ada masalah undang-undang...clean, penting tu bro....Yuran keahlian cuma RM50 hengget jer....RM20 untuk seumur hidup dan ballance RM30 adalah tahunan....LZS dah ader WCC tapi....kita cari pengalaman dulu pastu kita tubuhkan WCC/LZS.......amacam ada beran.....NAK JOINT !!! boleh hello kitorang ataupun terus layari WPC dapatkan ketua setiap zon.....banyak benefit sampingan terutama dari segi spare part dan services....Ok bro....adios.

JOM BERTEKA DAN TEKI...GITU GITU APEKS

Penat keja kan ? Kita jawab teka-teki dulu ya, release tension...

Teka-teki: Hitam dan berpeluh..HA. . Ape2?
Jawapan : Semut hitam tengah berjogging..huhuhu

Teka-teki : Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung
Jawapan : Seluar dalam ler..haha

Teka-teki : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan : Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih lepat sampai lelangit.

Teka-teki : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?
Jawapan : Kotak penaltilah.. ... wawawa!

Teka-teki : Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ? Teka..teka.. kalo terer! Jawapan : Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. .hue!!

Teka-teki : 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu ?
Jawapan : Koboi naik kuda bawak sekor ayam.

Teka-teki : Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...
Jawapan : Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'

Teka-teki : Scorpion kaler apa?
Jawapan : Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab !

Teka-teki : Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip?
Jawapan : Kerani

Teka-teki : Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU ?
Jawapan : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri !

Teka-teki : 4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung?
Jawapan : Sebab tak hujan...

Aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh..

03 March 2008

MARI MENGUNDI....


Assalamualaikum....
bersamalah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada agama (wajibnya), bangsa (khasnya) dan negara (umumnya) dalam hal untuk menentukan kemana hala tujunya diri kita agama kita bangsa kita dan negara kita. ...PAS kah...........atau........BN kah......hanya kita dan Allah SWT sahaja yang mengetahuinya....yang penting buat pilihan yang terbaik bukan terbahak-bahak & bukan terbelalak.....kita mengundi mereka yang diundi dan mereka harusnya menepati janji-janji sebelum menjadi orang yang diundi....apapun kami adalah rakyat....dan kami jualah sepatutnya yang diundi juga menjadi pengundi.....JANGAN LUPA 8 MAC 2008 hari kita semua mengundi....

29 February 2008

AHLAN WA SAHLAN

Singgah ler dulu chor...kita nyembang-nyembang ker, kita mengopi dulu ker, kita mengulor dulu ker, mengumpat ker...ate ape dibuatnya....laju bebenor...jalan tu yor cromat sesikit yop...ini idok gayer gaban kene tempoyok........Haaaaaaa itu baru intro jer....nak tahu lelebih apa yang menarik dalam blog ini joint ler tak salah kalau kita ramai kengkawan...banyak idea luas pemikiran, banyak pengalaman luas pengetahuan....hidup kita kekadang ok kekadang tak ok kedang mood kekadang ceria macam-macam ader....blog seumpama ini dicipta bukan untuk mengutuk sesapa tapi untuk berkongsi pendapat yang mungkin orang lain ader tapi kita tak ader....belajar terima pendapat orang lain beb....hidup kena ceria tapi CERIA YANG MACAM MANA....? haaaaaaaa ahlan wa sahlan ya aenta & aunti ya kengkawan ya all my friend ya my love ya my mum & dad my sister my brother my anak sedara huhu banyaknya....ok lah setakat ni dulu chor..adios.