20 October 2010

POTRET KEMBARA ...KembojA



Salam, entri kali ni adalah gambar budak pompuan kemboja yang sempat aku shoot curi2...sori dek abang curi ambik gambar ko...gambar ni adalah sebahagian dan antara gambar yang aku paling suka, aku tak tahu mana datang budak pompuan ni, masa program kitorang dia takda kat tempat majlis, masa bagi gula2 dan sebagainya dia takda, bila dah nak balik baru aku nampak..itupun dia macam takut2 datang kat bebudak yang lain...yang sedihnya bila dia dapat jer gula2 dari kitorang mak aihhhh punya suka macam tak pernah jumpa benda tu, aku selok poket seluar aku dan bagi kat dia gula2 yang aku dah simpan untuk mana2 budak yang kempunan kot tak dapat gula2 pasai ramai sangat...ramai yang terharu sampai keluar airmata bila tengok gelagat diorang (kanak-kanak) kat majlis tu, aku terharu pasal muka budak ni sekali pandang macam muka anak aku, bezanya mereka berlainan bangsa dan ketikanya, tak sangka kita ni rupanya mewah "dalam susahnya hidup kita rupanya ada lagi insan yang jauh lebih susah dari kita"...baru kita merangkak untuk mengerti erti sebenar kehidupan dalam keadaan kita benar-benar bersyukur keatas apa yang telah dizahirkan, baru aku mengerti bahawa kayanya manusia itu apabila dia tahu mengsyukuri sesuatu.."...syukran ya karim.

1 comment:

Fadzli Ikhwan Mohammed said...

gambar ni adalah sebahagian dari gambar yang aku sempat shoot masa lawatan ke Kemboja bulan 6 tempohari dengan bos-bos kompeni aku.