21 October 2010

LEBUH & JALANRAYA KITA


Salam, teruja dan terkesima aku dibuatnya, terkaget pun ada gak tengok tragedi yang berlaku depan mata yang baru beberapa saat berlaku. Bukan tak pernah mengalami detik dan situasi tersebut tapi aku rasa ini detik cemas yang ntah keberapa kali yang paling membuatkan aku rasa insaf dan tawaddu' pada ketentuan ilahi. Kemalangan dah berhari berlalu tapi kejadian ngeri tu sedikit sebanyak memberikan aku impak yang berguna. Hari kejadian aku sebenarnya nak ke Batu Pahat rumah kakak aku, patutnya aku keluar ikut exit dan jalan yang lain, tapi ntah macamana jalan yang sepatutnya aku lalui dan biasa aku lalui aku tak lalu malam tu, hati aku menonong ikut jalan yang lain, bini kat sebelah dah berbunyi, anak pulak dah jaga dari tidor, makin aku teruskan perjalanan makin dalam dan terasing rasanya aku, tengok jam dah pukul 2.00 pagi, hati berkata teruskan ajer laaaa, sampai satu ketika aku stop dan buat u turn, sebab jumpa sekumpulan anak muda melepak sebagai rukun tetangga kat kampong diorang, tak berlengah, aku terus jer tanya, ni kat mana, diorang tengok aku dan aku tengok diorang masing2 macam cuak semacam apa taknya dah pukul 2.00 pagi ni betol ker orang atau hehehehehe, selesai bertanya aku blah tapi sebelum aku blah diorang pesan..." bang kalau ada orang tahan kat jalan jangan berhenti, masuk hway balik tau "...aku terus pecut masuk hway balik dan teruskan untuk exit satu lagi susur keluar PLUS arah yang sama, sampai jer aku kat kawasan Pagoh tu, berdentum xcident, tapi bukan aku la...situasi macam dalam gambar ni lah...bila aku tanya masa kejadian pada salah seorang mangsa...? besar kemungkinan masa kejadian berlaku memungkin untuk aku terlibat sama, dalam hati masyaAllah, subhanaAllah.....kalau aku tak keluar ikut exit tadi dan sesat mungkin aku adlah sebahagian dari statistik kemalangan ngeri ini...sampai ditempat kejadian, aku keluarkan tool aku dan apa lagi terus klik sana dan klik sini, anak bini dah kecoh dalam kereta, yang bestnya aku pulak tak pasal2 dilantik jadi "wartawan" sementara oleh orang dan penguatkuasa kat situ....rasa bertanggungjawab untuk menyampai dan memberitahu bahawa "BERHATI-HATI DI JALANRAYA, KELAJUAN MENGUNDANG MAUT, INGATLAH KITA TIDAK DILAHIRKAN DIDUNIA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI STATISTIK INI ATAS KECUAIAN KITA SENDIRI"....apa pun alasannya, orang kata tempat ini memang begitu dan begini, keras sikit katanya...tup tup baru-baru ni bas pulak tergolek kat laluan berdekatan dgnnya...should do something...who...? aku sampai rumah kakak aku dah pukul 4.30 pagi, tolong punya pasal, takpa aku puas...cuma bila aku pikir balik, napa aku shoot semua moment dalam kejadian tu...gambar ni nak bagi pada sapa erk...? tak ada member laaaa, kalau ada pun wartawan majalah hiburan tapi kalau surat khabar tu takda la pulak, alangkah baiknya kalau aku ada contact person yang berkenaan pada masa tu...takpa aku pun ada blog...apa lagi.

Nota : masa kejadian juga aku dipertemukan dgn sorang member lama masa sekolah dulu...sham gemok nama panggilannya, call man...(gambar atas : pintu kereta melekat kat bontot lori & mangsa yang tersepit dalam kereta, keluar jer tulang betis dia jadi huruf "L"....bayangkan sendiri la erk..)

No comments: