13 December 2010

LEBUH & JALANRAYA KITA siri 2

Salam, moga kita semua dirahmati dan dilindungi senantiasa oleh Allah Ta'ala tuhan yang empunya kita dan muka bumi ini, IsnyaAllah. Korang ingat tak aku pernah masukkan satu story bab aku tersesat dimalam yang yang gelap di satu tempat yang asing dan berlaku tragedi kemalangan ngeri pada malam tersebut, kalau disusul balik story-story aku yang sudah-sudah maka rasanya korang akan jumpa story tu. Baru-baru ni rupanya berlaku juga kemalangan ngeri melibatkan 3 insan sekaligus dalam satu kenderaan, takdir dan kisahnya begitu seperti yang digambarkan didalam ruangan kosmo 10 Disember 2010. Kesian juga aku baca berita tu, kemalangan dah lama berlaku dan tidak disedari oleh pengguna jalanraya lain kerana kenderaannya tercampak kebawah bukit di tepi lebuhraya, dalam hemat aku itu adalah tempat yang hampir sama dengan kemalangan yang berlaku malam kejadian dalam cerita aku dulu tu...huhu, faktor jalanraya lah harap-harapnya, walau apa pun kita sama doakan agar roh mereka kembali dengan aman dan ditempatkan bersama2 dengan insan-insan yang terbilang, cuma aku rasa patutnya pihak yang berkepentingan patutnya dah lakukan sesuatu khusus untuk mengenalpasti apakah punca sebenar seringnya berlaku kemalangan2 yang amat ngeri di kawasan tersebut dan juga kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ( ewah macam pengumunan masuknya waktu solat fardhu pulok ) samaada ianya faktor kecuaian kah atau faktor bentuk mukabumi kah atau faktor " gangguan makhluk aneh kah " atau sebagainya kah. Bukannya apa, rasanya pengguna yang lain pun nak tahu juga apa yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak yang berkaitan ini demi untuk menjaga kemaslahatan bersama. Macam-macam seruan telah didengarkan dan macam-macam peringatan telah diberi agar semua pemandu-pemandu lebuhraya berwaspada dan menjaga keselamatan sewaktu memandu....memandu dengan cermat lah, memandu dengan berhati-hati lah, kelajuan mengundang maut lah itu lah ini lah dan sebagainya, berbuih dah mulut pembaca berita membacakan berita berkenaan kemalangan ni cuma sejauh manakah kita dan semua orang mengambil berat akannya dan adakah semua kemalangan ini berpunca dari kelalaian kita kah ?
Rasa aku kilometer " pagoh-yong peng " ini sering diperkatakan oleh setiap orang penduduk sekitar yang mengetahui akan ceritanya dan oleh sesiapa sahaja dan mungkin lebih arif pengetahuannya oleh petugas lebuhraya itu sendiri especially para petugas propel mungkin. Apa pun komennya dan permasalahannya kita patut sedar dan disedarkan bahawa bukan semua jalanraya yang cantik dan ternama itu zahirnya memberikan ruang yang selamat untuk kita. Banyakkan berdoa kepada Allah Ta'ala dan banyakkan bermohon supaya kita dilindungi dari bencana ngeri yang sedemikian rupa...WA.

No comments: