14 December 2010

MESRA, CEPAT & BETUL



Salam, harapnya semua blogger-blogger terutama rakan terdekat berada dalam kemanisan iman dan dalam keadaan kesihatan yang terbaik mungkin. Korang mesti tertanya-tanya ni apa hal pulak laaa aku pi masukkan gambar "surat cintaaaa" ni kat dalam blogg aku, bukannya apa saja nak kongsi pendapat dan mungkin boleh dijadikan pedoman bersama terutama dalam hal yang berkaitan al maklumlah isu saman menyaman dan kompaun saman ni dah menjadi semakin panas dan tough sejak setahun kebelakangan ni. Apa pun tahniah kepada semua anggota keselamatan yang telah bertugas bertungkus lumus menjaga keselamatan setiap orang masyarakat dan negara, bangsa dan mungkin AGAMA. Sebenarnya bukannya apa pun cuma aku rasa terkilan dan mungkin sedikit luahan perasaan kerana ini bukanlah kali pertama dan dah beberapa kali pun aku kena macam ni, waktu aku bertugas di Bukit Jalil tempoh hari, dah petang dan aku beranggapan park kat tempat tu dibolehkan sebab ada pentugas lalulintas, macam traffic light kalau dah ada polis yang jaga so tak payah ikut lampu lagi, ikutlah polis yang jaga tu..tali zebra pun tak direntang kat sepanjang laluan tu, "kon merah polis" pun tak pulak diletakkan disitu, seperti membenarkan dek kerana program yang sedang berlangsung, saman dikeluarkan keatas aku dan hanya beberapa orang sahaja yang kena dan tidak pada orang lain, mungkin rezeki orang kot tak kena saman, salah aku juga kot letak kereta ditempat yang tak sepatutnya tapi sepanjang pengamatan aku, rata-rata kebanyakan kenderaan yang berada di kawasan itu kebanyakannya melakukan kesalahan yang sama parking mungkin ditempat yang tidak dibenarkan kalau tak silap aku kalau nak disaman la, puas juga PDRM nak mengira duit kompaun yang masyukkkk hari tu, parking di garisan kuning di bahu jalan. Masa aku parking tu bukannya takdak anggota yang bertugas dok jaga lalu lintas...ADA...dan tidak ada sebarang teguran pun diberikan walaupun sebesar tahi idung kepada kami-kami yang parking sepanjang laluan tersebut, time tengah ada program besar mungkin kami beranggapan yang ada sedikit kelonggaran dari segi parking yang dibenarkan lagipun kehadiran anggota yang bertugas mengundang rasa sedap dihati terhadap apa yang dilakukan adalah BETUL mengikut undang-undang...kita bukan berkehendakkan jari yang satu untuk menunding kesana dan kemari cuma apa lah dayanya kalau diberi peringatan dan sedikit teguran mungkin sebelum proses "menaip surat cinta" berlaku. Kita sedia maklum akan natijahnya kampaun yang diendahkan ni, nak idup lesen tak boleh, roadtax pun tak boleh buat dll ler...secara hemahnya, bukan membenarkan sesuatu kesalahan itu berlaku tetapi barangkali perlu untuk diberi sedikit laluan kepada isu BERDAKWAH dalam melaksanakan tugas...banyak sekali panduan dakwah ini digariskan di seantero dunia, majalah, media, ustaz-ustaz malahan budak-budak pun kadang-kadang tahu bagaimana nak berdakwah dgn betul kerana dakwah yang betul dan hemah mendatangkan impak yang amat besar pada orang lain...ISLAM itu syumul dan amat-amat luas intipatinya..tak salah gunakan sedikit budi bicara dengan kecerdikkan yang ada sesuai dengan ciri-ciri KEPOLISIAN yang perlu wujud dalam diri anda...MESRA,CEPAT & BETUL"... untuk mengubah sesuatu menjadi sesuatu yang lebih baik kepada yang lebih lebih lebih baik hendaknya. Apa pun mohon sejuta kemaafan kepada yang dah mula terasa dek kerana anda sebahagian dari mereka, atau suami atau isteri anda sebahagian darinya, atau adik atau abang atau kakak-kakak anda juga sepertinya atau sesiapa sahaja, cuma sekadar teguran dan luahan perasaan agar tidak ada insan yang TERANIAYA dek kerana kelalian orang lain atau mungkin kerana mood dah macam taufan lanina, penat dan sebagainya....la tahzan.

NOTA: jangan buat hal selalu menganiaya orang, Tuhan marah, dosa besar tau...doa orang yang teraniya dimakbul Tuhan..renung-renungkan..(JOM HEBOH TV3)..lain kali kita kena tanya dulu abang bro polis trafik kat situ boleh tak parking kat sini dan kat sinun.

No comments: