19 December 2010

"MARI MENGIRA ZAKAT"



Salam, semoga anda semua berada dalam kemanisan iman dan perlindungan dari Allah Ta'ala sentiasa hendaknya. Hari ni aku tak tahu nak buat apa sebenarnya, kena bertugas pulak kat Ampang ni, time tengahari macam ni kalau nak dilayan mata jawabnya dah lama sampai ke Paris...mengantukkkk nak pulak cuaca yang mendung dan mendayu-dayu ni, adus. Rasanya aku tak pernah nak xpose hal dan perkara yang berkaitan dgn kerja hakiki yang aku buat, bukannya apa cuma baru-baru ni terjebak pulak dalam bab khatib jumaat dan dalam part kursus tu disebutlah akan hal "kerana apa anda melakukankanya" ? adakah kerana kerja, arahan, tanggungjawab, saja-saja, dakwah dan sebagainya, dan yang lebih baik darinya adalah kerana dakwah itu sendiri, kata "mursyid imam muda astro" bayangkan kiranya kerana penerangan yang kita berikan menatijahkan seorang insan masuk islam kerananya, seorang islam tak jadi berbuat dosa, seorang islam selamat dari manjadi kufur dsbgnya...kawan-kawan sekelian, besar pahalanya...so aku rasa tak salah dan tak payahlah aku nak syok dan takut dengan bayang-bayang sendiri, kalau tak aku menjadi seorang penyampai siapa lagi, kalau tak kita yang mulakan siapa lagi agaknya...aku ingat mulai saat ini aku nak terbitkan satu lagi "bab yang baru" dalam blog aku ni..."MARI MENGIRA ZAKAT"...so tungguuuuu.

No comments: