19 May 2011

SELAMAT HARI CIKGU HARI SIFU HARI GURU HARI OSTAD

SALAM...hik3 biasa la tiap2 tahun dan tahun ni memang tak terkecuali dari terlupa untuk ingat bahawa 16 May adalah 'HARI GURU' semalaysia...bukan saja aku lupa tarikh tu tapi aku juga terlupa nak wish kat bini, pasal bini aku pung cikgu gak...adus nasib baik dia dah biasa dgn perangai aku yang pelupa, banyak makan semot kot, jarang mengaji pun ya juga...? adus jahil2. Tapi hari ibu hari tu aku dah wish kat dia itupun pasal aku tengok dan temankan dia pi beli hadiah kat mak dia ngan mak aku, aku tanya nak buat apa hadiah tu dia kata hadiah hari ibu, aku pung terus wish kat dia...hehe.BILA termenung sorang2, teringat pulak aku nama2 ni...cikgu Wan al ketok, cikgu Halim, cikgu Sadzali, cikgu Zuraini al rotan, cikgu Haidir al ketam, cikgu Aman al ostad, cikgu Rosni, teacher Ruzaimah, ustazah Kalsom, ustazah....lupa pulak lagi nama2 diorang...semua lah cikgu2 yang pernah ngajar dan pernah rotan aku, ketok aku dgn buku, denda aku dan semuanya lah tapi takpa aku dah halalkan semua tu..aku redha apa yang diorang buat kat aku, aku tahu itu saja cara mungkin terlintas di fikiran diorang ketika macamana nak cairkan otak aku bagi cerdik sebab aku bukannya antara budak2 yang pandai cuma saja buat2 pandai dan cerdaik jer...banyak akal aku ni..apa pun aku mungkin dikenali disekolah aku kerana ciri2 yang aku ada...dan aku juga mengharapkan supaya diorang pun macam tu juga.."cikgu, halalkan ilmu yang saya ambik dari cikgu ya, halalkan apa2 yang terambik dan terpinjam ya, maafkan saya atas apa2 perangai buruk yang saya dah buat ya"...ya cikgu ya..ya..ya..
DALAM hidup kita yang mengejar kehidupan ni, harus ada pedoman dan pembimbing supaya dapat kita bergerak dalam arus yang betol, kalau sesat dijalanraya kita cari GPS, kalau sesat didalam hutan kita carilah kompas, kalau sesat dijalan nyata carilah guru2 kita supaya kita boleh berada dijalan dan landasan yang sebetulnya...buat semua cikgu dan ustazah serta ostad2 yang pernah mengajar aku termasuk isteri aku dan kakak aku juga, SELAMAT HARI GURU, jasa kalian amat besar dan tidak ternilai dengan setiap kata...semoga kalian semua dilindungi dan diberi sebesar2 ganjaran dari Allah di akhirat kelak atas ilmu dan jasa yang kalian semua curahkan dan taburkan...WA


*buat mama abie dah lama redha semua yang mama buat dalam kerjaya mama sebagai guru, SELAMAT HARI GURU mama*

No comments: