27 October 2010

SHOOTING....katakorenphotographer


Salam...kali ni dikesempatan yang ada sempat juga aku sisipkan sekeping dua gambar untuk dijadikan kenangan untuk satu family member aku ni yang minta aku shoot gambar diorang sefamily sebab katanya mak dia nak g ke mekah, dan lagi sebab mak dia dan diorang jarang sekali bergambar bersama satu family, kesian pula aku dengar & terus rasa macam bersemangat jer aku nak ambil gambar, hari ahad lepas aku setkan time dgn aktiviti yang aku ada pada hari yang sama supaya membolehkan aku shoot dgn aman walaupun sebenarnya aku ada 2...3 program lain hari tu. jam 11.30 aku dah terpacak kat umah diorang kat klang, sebab janji sekitar itu...entri kali ni banyak memaparkan adegan sedih, potraiture, event dll yang aku dapat belajar dalam karier ini, ramai juga yang datang dah macam kenduri kahwin la pulak cuma kali ni aku dapat rasakan feel dia & bebas dalam shooting sekaligus dapat banyak gambar "candid" cuma aku rasa tool aku tak cukup power jer untuk ambil gambar candid dgn lebih baik, anyway ada pengalaman darinya dan itu yang penting. Untuk bakal hajjah, jangan sedih2 & cuba sedaya upaya lupakan sejenak akan hal yang anda akan tinggalkan, panggilan Ilahi lebih penting dari segalanya, lambailah ka'abah sepuasnya agar ia menjadi suatu tanda yang anda memiliki haji yang mabrur...kami sekeluarga mendoakan kesihatan makcik disana, semoga selamat pergi dan pulangnya, InsyaAllah pun begitu jua.

No comments: