01 November 2010

MUNGKIN...281010


Salam..."abie rumah kita kena pecah ni, macam mana ni.....huhu"...khamis tadi 28/10/2010 petang lebih kurang jam 4.30 pm aku dapat panggilan dari orang rumah dia nangis2 aku ingatkan napa rupanya rumah kitorang kena pecah masuk..bini dah panik (pompuannn...) aku cool kan dia & pesan jangan pegang apa2 pastu duk kat kuar rumah sampai aku balik, aku capai kunci kereta & balik umah, sampai jer aku tengok rumah dah ramai orang, memember dia pun ramai gak, amik kemera & aku masuk umah shoot apa yang patut dan terus g balai buat report. 1/2 jam pastu polis pun datang umah buat scanning/ forensik. REDHA...jer la atas apa yang berlaku nak buat camana dah dia suka kat umah aku, kat barang2 dalam umah aku..cuma aku tak halal dunia akhirat ler...esok kat padang mahsyar komfon ko cari kitorang balik punya. Habis umah aku diselongkarnya, TV LCD 37" Sharp AQOUS kami antara yang hilang ( skrin dia ada tulis nama aku fadzli...mana tahu kot memember ada terjumpa & terbeli ) barang kemas anak bini aku, duit especialy yang dia memang suka...pun dirembatnya, sampai hati diorang buat cam tu...aku pesan kat bini..redha jer mama, takda rezeki...

28/10/2010 tu pulak adalah hari jadi bini aku, memember datang umah bawak kek ingat nak surprise kan dia, sekali dia yang surprise kan diorang balik, hari ini juga lah rumah aku dipecah masuk, beriya juga aku sambut siap beli hadiah ngan kek pada bini aku, rupanya ada sesuatu yang akan terjadi, lepas semua setel lepak2 kat depan umah ternampak nombor umah aku, halamak nombor 28 la pulok...memang trajis betul la...tapi takpa aku percaya semua ni ada hikmah, mungkin Allah SWT nak bagi lebih lagi kot atau mungkin ada peringatan yang nak disampaikan yang aku terlupa...esoknya aku terus cari tukang besi abis keliling umah aku tukar mangga ngan telinga grill umah aku kasi tersorok dan susah sikit, ini jer yang mampu aku buat buat masa ni, selebihnya redha dan tawakkal. Apa pun yang terjadi kami sekeluarga tetap redha dan berserah pada takdir Allah, ada hikmah, memungkinkan sesuatu..kepada semua yang terlibat memberi aku semangat timer kasih banyak2, kepada OCPD Batu 14 Hulu Langat terima kasih sudi ambil kes aku ni, pada Pegawai Penyiasat dari IPD Kajang terima kasih juga kerana sudi hadir sama, kepada PakNgah...Tq...pada orang2 taman semua terima kasih, jasa kalian memang kami ingat sampai bila2...buat mama usah dikenang tarikh tersebut yang lepas biarkan berlalu, mungkin ada kelebihan dari semua yang berlaku itu ketentuan dari Dia Yang Satu.

Nota: "abie nasib baik bear kakak dia tak ambil kan, eiii jahat la orang tu kan".. erk..
Nota: Nenek sebelah umah cakap petang tu dia ada nampak sebiji HiLux tertulis "Majlis Perbandaran Kajang" kat depan umah, bila nenek tengok di (orang gemok) dia mula la glabah amik hphone kamera buat2 amik gambar kat depan umah aku tu...takpa itu hari dia hari kita belum lagi, sekampung kita qiqahkan dia nanti...tak kemana pun..doa banyak2.

5 comments:

Fadzli Ikhwan Mohammed said...

pandai betul beruang2 tu menyamar, pakai pick up nampak macam kenderaan company, majlis perbandaran kajang, rupanya penjenayah..bangang, mengong, mangkuk ayun...nanti mati jawab sendiri..aku doakan korang diampun dosa dan cepat sedor.

:: HUSNA :: said...

org tu rompak waktu siang la ye... berani sungguh.. tunggu la balasan dari Allah...
sabar ikhwan n ilah...

:: HUSNA :: said...

salam.......
ni keterangan psl family day anjuran 5sc tu. nak tau lebih hg try tanya ilah. dia tau kot. dorang war2kan kt facebook. aku copy n paste kt sini.


hari keluarga akan diadakan pada ketetapan berikut :
tarikh: 5hb disember 2010 (ahad).
tempat: dewan rest house slim river.....dekat pejbt agama
Jemputan: Bekas pelajar 3a3 dan 5sc semetro dan terbuka pada yang berminat...
Bayaran: RM150 bagi satu family.....Dan RM50 bagi individu.....BAYARAN PERLU DIBUAT SELEWAT2NYA PADA 21 NOVEMBER 2010....

* KAMI MEMERLUKAN SEKURANG-KURANGNYA 15 KELUARGA BAGI MENJAYAKAN FAMILY DAY INI....
- sILA NYATAKAN NAMA DAN UMUR YANG INGIN TURUT SERTA.

Berikut beberapa cadangan aktiviti yang akan dijalankan :

acara indoor...
1) Tukar hadiah.....(min RM 10) ni sediakan sendiri
2)lucky draw
3) cute girl n smart boy for children..
4) gorgeous lady n macho men untuk dewasa
5) Rebut kerusi-kanak2


outdoor
1) baling belon berisi air paling jauh-pasangan
2) mumia tercantik-pasangan
3) pakaian dari news paper tercntik - pasangan/ family
4) kutip gula2 terbanyak
5) makan tembikai terpantas -lelaki dewasa
6) pertandingan mewarna-kanak2...yg ni dh ada sponserrrrr hadiah n bahan....

Bagi yg ada idea lg besttt silerrr kemukakan.....

DUIT YANG DIKUTIP MERNAGKUMI PERBELANJAAN BERIKUT :

1) DEWAN
2) KERUSI
3) MEJA
4) MAKANAN
5)HADIAH2
6)PERALATAN PERMAINAN ATAU SUKAN
7) PA SYSTEM

kami sentiasa mencari yang terbaik untuk kita semua......bayaran boleh juga dibuat pada salasiah man dan jamaliah ahmad....KERJASAMA ANDA SANGAT KAMI HARGAI..DAN BERHARAP KITA DAPAT BERJUMPA DI AMBANG USIA 30AN....

Fadzli Ikhwan Mohammed said...

dah 30 tahun dah rupanya..InsyaAllah kitorang akan cuba discus tarikh yang ada tu dan harap2nya tak ada apa2 pada tarikh tu mana tahu kot ada xtvt..apa2 kitorang akan cuba dapatkan info dari memember terdekat...TQ Husna, TQ kengkawan yang banyak bagi sokongan.

Fadzli Ikhwan Mohammed said...

kita doakan penyangak2 tu sedor juga akhirnya...selebihnya dia jawab ngan Allah Ta'ala.