17 June 2011

SELAMAT HARI BAPA...




Patut la seminggu dua ni banyak sangat citer/drama pasal lelaki yang semacam aku di media, rupanya ada hari BAPA. Bila dah jadi bapa ni semua tu mungkin bukan sesuatu yang penting untuk sibapa sendiri yang mengingatinya apatah lagi memuja bila tiba masanya supaya terus diusap berita dimuka....namun mungkin juga penting bagi orang lain untuk menyapa atau mungkin juga penting bagi insan lain yang punya memori tersendiri atas hari peringatan sebegini.

Khusyuknya hari ini bila tengok cerita dari hero malaya kat TV3 betul2 menyenhtuh hati, tak pernah pulak aku alami keadaan macam tu....betulah, sayangkan anak kita tangan2kan supaya tangan yang kita tangan2kan ini menjadi penyedap dalam resepi kehidupan mereka kelak..sedarlah,


walau bapa kita seorang pengutip sampah,

walau bapa kita seorang pengemis,

walau bapa kita seorang penangkap ikan,

walau bapa kita seorang pengembala,

walau dia juga seorang yang miskin,

walau dia sebenarnya seorang penoreh getah,

namun aku pasti dan yakin dia adalah bapa kita yang tercinta...


Selamat Hari Bapa buat semua bapa2 yang bergelar bapa di seantero dunia...semoga kehadiran anda disisi menjadikan hidup ini lebih bermakna...ALFATIHAH buat bapa ku tercinta "semoga rohnya ditempatkan bersama insan terbilang".......amin.

19 May 2011

SELAMAT HARI CIKGU HARI SIFU HARI GURU HARI OSTAD

SALAM...hik3 biasa la tiap2 tahun dan tahun ni memang tak terkecuali dari terlupa untuk ingat bahawa 16 May adalah 'HARI GURU' semalaysia...bukan saja aku lupa tarikh tu tapi aku juga terlupa nak wish kat bini, pasal bini aku pung cikgu gak...adus nasib baik dia dah biasa dgn perangai aku yang pelupa, banyak makan semot kot, jarang mengaji pun ya juga...? adus jahil2. Tapi hari ibu hari tu aku dah wish kat dia itupun pasal aku tengok dan temankan dia pi beli hadiah kat mak dia ngan mak aku, aku tanya nak buat apa hadiah tu dia kata hadiah hari ibu, aku pung terus wish kat dia...hehe.BILA termenung sorang2, teringat pulak aku nama2 ni...cikgu Wan al ketok, cikgu Halim, cikgu Sadzali, cikgu Zuraini al rotan, cikgu Haidir al ketam, cikgu Aman al ostad, cikgu Rosni, teacher Ruzaimah, ustazah Kalsom, ustazah....lupa pulak lagi nama2 diorang...semua lah cikgu2 yang pernah ngajar dan pernah rotan aku, ketok aku dgn buku, denda aku dan semuanya lah tapi takpa aku dah halalkan semua tu..aku redha apa yang diorang buat kat aku, aku tahu itu saja cara mungkin terlintas di fikiran diorang ketika macamana nak cairkan otak aku bagi cerdik sebab aku bukannya antara budak2 yang pandai cuma saja buat2 pandai dan cerdaik jer...banyak akal aku ni..apa pun aku mungkin dikenali disekolah aku kerana ciri2 yang aku ada...dan aku juga mengharapkan supaya diorang pun macam tu juga.."cikgu, halalkan ilmu yang saya ambik dari cikgu ya, halalkan apa2 yang terambik dan terpinjam ya, maafkan saya atas apa2 perangai buruk yang saya dah buat ya"...ya cikgu ya..ya..ya..
DALAM hidup kita yang mengejar kehidupan ni, harus ada pedoman dan pembimbing supaya dapat kita bergerak dalam arus yang betol, kalau sesat dijalanraya kita cari GPS, kalau sesat didalam hutan kita carilah kompas, kalau sesat dijalan nyata carilah guru2 kita supaya kita boleh berada dijalan dan landasan yang sebetulnya...buat semua cikgu dan ustazah serta ostad2 yang pernah mengajar aku termasuk isteri aku dan kakak aku juga, SELAMAT HARI GURU, jasa kalian amat besar dan tidak ternilai dengan setiap kata...semoga kalian semua dilindungi dan diberi sebesar2 ganjaran dari Allah di akhirat kelak atas ilmu dan jasa yang kalian semua curahkan dan taburkan...WA


*buat mama abie dah lama redha semua yang mama buat dalam kerjaya mama sebagai guru, SELAMAT HARI GURU mama*

18 May 2011

XPDC TAMAN NEGARA


"gambar katak ni adalah antara spesis nokternal (main belasah je wakakaka) yang aku jumpa kat TamanNegara tempohari, bila dah jadi gambor ni macam best la pulok....member hehe"

"ramai2 masa nak ke Lubok Simpon nak g mandi manda,
pergh dia punya kelah ngan air dia....gigil yob"


"ini gambar arrrrr...sepanjang Sungai Temberling suku kaum Asli Batek adalah yang paling ramai dan mereka mendominasi semua dorm2 yang ada sepanjang sungai tersebut..banyak kampung kat tepi sungai tu tapi takdolah jauh2 bebenor.. krew xpdc kali ni sempat menyedekahkan sejumlah baju untuk digunakan oleh anak2 mereka"...tq batin"....

"waaaa aku memang teruja tatkala menjejakkan kaki kesana, memang aku nak merasa
naik perahu pisang yang panjang ala2 pisang ni...
best giler rasa macam mat saleh pulok....hehe"


"aku ngan isteri dan anak2 di Taman Negara, Pahang 1 May 2011"

"salam taman negara yob"...kata halim pada aku...pagi2 lagi angkat talipon itu yang terkeluor dari molot mamat tu...hampeh aku ingatkan dia kenapa, mengigau ke, terkaut apa2 ker...rupanya saja jer panehkan keadaan katanya...hehe itu sebahagian hal yang menjadi kenan kawan aku yang sama2 joint meredah air dan hutan dalam xpdc taman negara tempohari. Penat memang la penat tapi bila dah kena air sungai...perghhh, semua penat tu hilang, nak pulak dapat layanan ala2 anak sendiri oleh PakNgah Ahmad (drebar bot) memang terasa macam nak gi lagi la....untuk pengetahuan korang semua, yang sempat pergi cuma tinggal 2 family jer, aku dengan family halim ngan adik2 ipar (sporting habis) yang lain masing2 ada hal sendiri yang tak dapat dielakkan...kesian korang kan kan kan takpa lain kali kitorang guid macamana nak g...tapi aku kesian lagi kat halim yang kena bayaq banyak benda...takpa dia dah halal dah hik3.
KAMI betolak dari hentian Genting Sempah lebih kurang jam 4.30am...setel kursus kat PD malam tu gak kitorang cabot...sorry bos HR takleh nak buat apa, semua dah tempah, kalau tak g nanti kecik hati pulok tauke chalet tu hehe...biasanya aku memang akan ngantuk goler tapi pagi tu hilang ngantuk aku, bawak kete sampai ke Jerantot rileks jer cuma bengang sikit pasai semua duit gaji aku dalam akaun kena telan, aku cucuk duit kat mesin ATM Ambank dekat shell gombak sebelum masuk ke highway UIA...(aku black list mesin ATM tu hampeh)...cucuk kad, resit kuar, amount tolak tapi duit tak kuar.... #$%&$$$$#$>??... aku cuma sedar yang duit aku dah takdak masa aku sampai kat pekan Jerantot...sebab tak puas ati, aku pi cucuk kad bank aku di Public Bank pulak, terkejut semot aku pasal mesin bagitahu duit aku tak mencukupi, cek jer bakinya adus licin beb...nasib baik ada bawak duit untung niaga tiap2 minggu, apa lagi guna dulu la duit tu..bini dah masam jerk, nanti kena ganti balik ler huhu, kalau tak macamana nak buat belanja kat sana ? nak pakai duit dan nak sarapan....nak itu nak ini..huhu...apa lagi terus talipon bank dan buat report...bank kata ambik masa 14 hari waktu bekerja huhu jadi miskin sementara la aku ni....
KITORANG tak banyak berhenti sangat cuma sekali2 untuk lepas hajat anak2 jer, solat & makang pasal nak kejar masa, nak naik bot nieh hehe...sampai kat Ulu Temberling (Jeti Kuala Tahan) lebih kurang jam 10.45 pagi, cek in awal dan terus pi cari Pak Ngah Ahmad....naik bot la jalan2....banyak gak tempat yang kitorang g selama 2 hari kat sana, chalet pun murah2 belaka (boleh laaaaa) naik canopy walk (50m tinggi : 400m panjang), jungle tracking, susur sungai, jumpa member halim kat tepi sungai temberling, memancing, tengok kelah, pi jalan2 kat kampung orang kita...jauh beb, mandi kat jeram, BBQ dan macam2 lagi laaaa....so sesuai sangat2 bagi kita yang dah ber family ni untuk jalan2 bawak anak2 dan isteri....
Kos...takdak la gigit jari sangat (halim aku tak tau la....kesian dier hehe) aku cuma abis dalam 200.oo hengget la tapi puas hati...jauh tu tak la juga cuma dalam 3 jam jer....next time aku nak bawak family2 aku pulak....gambar kat atas tu adalah antara gambar2 yang aku sempat ambik dan aku sisipkan sikit kat dalam blog ni...yang lain kena datang umah tengok dalam album la yerk......ok adios, salam.

25 March 2011

DOA KAMI SEMOGA SIHAT SEJAHTERA



Salam, post kali ini aku selitkan sekeping gambar terbaru my mom, gambar ni adalah gambar versi baru cuma aku kasi touchup sikit bagi jadi old pattern so sesuai dengan ciri2 insan yang mendominasi gambar itu...tapi sebenarnya aku memang suka designkan gambar2 ikot stail macam ni, ikut suka hati aku la kan hik hik hik...dan lainnya aku dah sediakan pattern gambar ni supaya menampakkan ciri2 20 tahun akan datang supaya bila anak2 aku buka blog ni diorang tahu aku sediakan blog ni untuk diorang baca dan sambung kisah disebaliknya.
Sebelah kiri adalah gambar mak aku & yang sebelah yang rupanya hampir sama dgn mak aku tu adalah makNgah aku, kakak mak aku yang spoting...dan itu adalah antara waris sebelah mak aku yang masih ada...dan memang mirip sangat2 mak aku..gambar ni aku dapat masa kenduri walimatulUrus adik aku yang bongsu tahun lepas...so simpan baik2 dan of koz akan menjadi kenang2ngan bila diperlukan kelak...
Keluarga mak aku aku ni ada lebih kurang 7 orang seingat aku la tapi ramai yang dah meninggal dunia..yang cuma ada tinggal 5 orang jer lagi dan banyaknya menetap sebelah utara tanahair. Aku pulak tak tahu banyak perkara pasal diorang, rasanya macam nak korek2 balik salahsilah keluarga aku ni, buatnya serempak dgan anak2 diorang kat KL ni ker kat mana2 dalam Malaysia ni, tak kenal pulak tu, buatnya member ker...adus. 7 Orang yang ada tu, mak nombor 4, berikut aku cuba senaraikan buat tatapan adik beradik dan buat waris aku...(untuk pengetahuan anak2 aku, atok sedara kome ler ) :
1. Pak Long It atau nama sebenarnya Sa'id..tinggal kat Parit & telah meninggal dunia...
2. Mak Ngah Esah atau nama sebenarnya A'isyah...tinggal di Beruas...
3. Mak Lang Kiah atau nama sebenarnya Rokian...tinggal di Kuala Kedah...
4. Mak Anjang Som atau nama sebenarnya Kalsom...tinggal di Trolak, mak kite ler (opah)...
5. Pak Tam Daud atau nama sebenarnya Rejab...tinggal di Ipoh...
6. Pak Cik Mat atau nama sebenarnya Mohd kot...tinggal di Tg.Malim & telah meninggal dunia..
7. Pak Cik Eil atau nama sebenarnya Ismail...tinggal kat Kuala Kedah...yang bongsu..
hehe ini jer yang aku tahu pun, esok2 aku masukkan pulak sedara mara belah apak aku pulak...bukannya apa biar semua tahu, biar orang especially adik beradik aku dan yang penting anak2 aku selaku waris aku tahu sapa ahli keluarga mereka, esok2 senang mana tahu kot terbecinta dengan sedara sendiri haaaa payah kome...bersoreh2 ler...roger.

21 March 2011

LATA LENTANG, BENTONG DARUL MAKMUR..siri II



Salam, entry kali ni adalah beberapa siri dan sesi merapatkan ukhwah antara keluarga2 memember yang ada baik dari jauh mahupun yang dekat, baik kawan lama mahupun kengkawan yang baru2...sebenarnya dah lama dah aku pergi tempat ni ( Lata Lentang, Bentong ) kalau tak silap tahun sudah lagi lepas raya haji rasanya, aku punya stail...aku tak akan terus masukkan semua cerita yang bergambar ni terus dalam blog ni biasanya aku akan perap dulu bagi basi setahun dua pastu baru aku akan postkan kat dalam blog ni...ikot mood dan suka ati aku jer la kan kan kan...hehe..
Kalau tak silap trip kali ni ada 3 family yang terlibat, family aku, helmi ngan member aku si rahman dengan ayah mertua dia, sian pulak aku tengok dia datang siap bawak makanan utk dibakor, dengan ayah mertua dia time tu sakit plak tu tapi....sorry man. Tapi la ni ayah mertua dia dah elok dah, mungkin juga sebab dia tabah tak banyak cerita selalu jaga hati orang tua, bawak ayah mertua dia jalan2, tu yang cepat baik tu....pahala man....Banyak gak la makanan yang mamat tu bawak, kitorang tolong bakor jer...merasa sorang sikit dan kitorang blah pastu sebab nak g tengok GAJAH...kat Kuala Gandah...anyway thank man, helmi korang memang sporting dan boleh bawak berbincang & yang paling penting aku suka dengan insan2 yang jenis tak berkira ni. Bila2 nak g lagi aku hello korang.
Untuk pengetahuan semua, Lata Lentang tu letaknya dekat sebelah highway menuju karak dalam 5 kilometer lepas genting sempah punya hentian rehat, air dia pergh punya sejuk, tak berapa ramai orang (kalau hari biasa) dan kebersihan serta ketenteraman masih terjaga, sesuai untuk orang yang nak singgah mandi manda sambil lalu lalang samada nak balik Kelantan ke, Pahang ke atau balik KL.....free jer, tapi awas dengan tempat tertentu, jaga adab anda dan jaga kebersihan....apa2 pun anak2 kitorang memang happy giler babas...siap nak g lagi. hehe selamat bercuti/ $#*&>&<&**..
Nota : ini tempat terakhir aku berkelah sebelum aku sakit...pesan aku kalau nak pacak khemah ke nak duduk ker nak apa2 lar tengok dulu ada apa kat lantai tu...

18 March 2011

POTRET KEMBARA ...KembojA



Salam, dah lama rasanya aku tak menerobos ke alam blog ni, semenjak menerima beberapa siri ujian kesihatan diri tempoh hari langsung rasanya aku tak menjengah apa2 pun dalam blog ni termasuklah blog2 memember aku yang ada. MALAS rasanya nak buka cerita pasal sihat ke tak ni cuma lebih elok dan molek aku rasa kalau dimulakan sesuatu dengan kecerian, kenang-kenangan ker takpun kita ajak kepada sesi muhasabah diri...
Duduk sesaja petang2 gini, layan maggie, layan teh tarik sambil dengau lagu2 retro kadang2 terbawak hati sampai kemana2, ingat lagi masa kat kemboja dulu...layan teh tarik kemboja dengan lempeng cap kemboja perghhhh sedap juga...aku mula2 pelik gak apa benda la yang makcik2 kemboja ni buat kat atas lantai tanah depan masjid ni, berasap2 pulak tu..ingat kan bakor benda apa rupanya jual lempeng, kalau moden sikit bunyinya 'pan kek'...bahasa kampungnya 'lempeng'...kalau kat tempat kita ni ada la lempeng jagung ker, lempeng kelapa ker, lempeng nangka ker apa2 lah tapi kat tempat diorang yang aku tengok cuma ada lempeng kosong, ingredient dia cuma tepung, telor ayam dan sedikit gula....kalau kita kat sini,
paling canggih dah ada tempat untuk bakar lempeng macam kat pasaraya2 tu dan paling tidak pun mak2 kita buat pakai kuali jer...tapi kat tempat diorang aku tengok dia bakor pakai kayu arang jer dengan acuan khas macam dalam gambar tu...huhu, lagi tragisnya semua equiptment tu main letak atas tanah jer hehe...itupun ramai yang datang beli, tak silap aku harganya seketul cuma 20 sen duit kita..atau duit diorang berapa riel ntah...aku rasa kalau kita kat sini, jual makanan atas tanah huhu jawabnya makan sendiri la.....tapi yang pastinya hasil yang tersedia adalah sedap belaka....dan yang paling penting adalah halalan....
Senyum sorang2 pastu menung, teringat macam2 yang dah aku lalui dalam umur aku yang begini, tak terfikir dan tak tebayangkan pun...tapi rezeki tuhan kan, insyaAllah suatu masa aku bawak juga anak bini aku untk kesana.

19 December 2010

"MARI MENGIRA ZAKAT"



Salam, semoga anda semua berada dalam kemanisan iman dan perlindungan dari Allah Ta'ala sentiasa hendaknya. Hari ni aku tak tahu nak buat apa sebenarnya, kena bertugas pulak kat Ampang ni, time tengahari macam ni kalau nak dilayan mata jawabnya dah lama sampai ke Paris...mengantukkkk nak pulak cuaca yang mendung dan mendayu-dayu ni, adus. Rasanya aku tak pernah nak xpose hal dan perkara yang berkaitan dgn kerja hakiki yang aku buat, bukannya apa cuma baru-baru ni terjebak pulak dalam bab khatib jumaat dan dalam part kursus tu disebutlah akan hal "kerana apa anda melakukankanya" ? adakah kerana kerja, arahan, tanggungjawab, saja-saja, dakwah dan sebagainya, dan yang lebih baik darinya adalah kerana dakwah itu sendiri, kata "mursyid imam muda astro" bayangkan kiranya kerana penerangan yang kita berikan menatijahkan seorang insan masuk islam kerananya, seorang islam tak jadi berbuat dosa, seorang islam selamat dari manjadi kufur dsbgnya...kawan-kawan sekelian, besar pahalanya...so aku rasa tak salah dan tak payahlah aku nak syok dan takut dengan bayang-bayang sendiri, kalau tak aku menjadi seorang penyampai siapa lagi, kalau tak kita yang mulakan siapa lagi agaknya...aku ingat mulai saat ini aku nak terbitkan satu lagi "bab yang baru" dalam blog aku ni..."MARI MENGIRA ZAKAT"...so tungguuuuu.

17 December 2010

V.A.K.A.D



TEST POWER, SATU PERKATAAN TETAPI MEMPUNYAI PELBAGAI MAKSUD..SELAMAT MENCUBA
"w,o,m,e,n,w,i,t,h,o,u,t,h,e,r,m,a,n,i,s,n,o,t,h,i,n,g"
.

14 December 2010

MESRA, CEPAT & BETUL



Salam, harapnya semua blogger-blogger terutama rakan terdekat berada dalam kemanisan iman dan dalam keadaan kesihatan yang terbaik mungkin. Korang mesti tertanya-tanya ni apa hal pulak laaa aku pi masukkan gambar "surat cintaaaa" ni kat dalam blogg aku, bukannya apa saja nak kongsi pendapat dan mungkin boleh dijadikan pedoman bersama terutama dalam hal yang berkaitan al maklumlah isu saman menyaman dan kompaun saman ni dah menjadi semakin panas dan tough sejak setahun kebelakangan ni. Apa pun tahniah kepada semua anggota keselamatan yang telah bertugas bertungkus lumus menjaga keselamatan setiap orang masyarakat dan negara, bangsa dan mungkin AGAMA. Sebenarnya bukannya apa pun cuma aku rasa terkilan dan mungkin sedikit luahan perasaan kerana ini bukanlah kali pertama dan dah beberapa kali pun aku kena macam ni, waktu aku bertugas di Bukit Jalil tempoh hari, dah petang dan aku beranggapan park kat tempat tu dibolehkan sebab ada pentugas lalulintas, macam traffic light kalau dah ada polis yang jaga so tak payah ikut lampu lagi, ikutlah polis yang jaga tu..tali zebra pun tak direntang kat sepanjang laluan tu, "kon merah polis" pun tak pulak diletakkan disitu, seperti membenarkan dek kerana program yang sedang berlangsung, saman dikeluarkan keatas aku dan hanya beberapa orang sahaja yang kena dan tidak pada orang lain, mungkin rezeki orang kot tak kena saman, salah aku juga kot letak kereta ditempat yang tak sepatutnya tapi sepanjang pengamatan aku, rata-rata kebanyakan kenderaan yang berada di kawasan itu kebanyakannya melakukan kesalahan yang sama parking mungkin ditempat yang tidak dibenarkan kalau tak silap aku kalau nak disaman la, puas juga PDRM nak mengira duit kompaun yang masyukkkk hari tu, parking di garisan kuning di bahu jalan. Masa aku parking tu bukannya takdak anggota yang bertugas dok jaga lalu lintas...ADA...dan tidak ada sebarang teguran pun diberikan walaupun sebesar tahi idung kepada kami-kami yang parking sepanjang laluan tersebut, time tengah ada program besar mungkin kami beranggapan yang ada sedikit kelonggaran dari segi parking yang dibenarkan lagipun kehadiran anggota yang bertugas mengundang rasa sedap dihati terhadap apa yang dilakukan adalah BETUL mengikut undang-undang...kita bukan berkehendakkan jari yang satu untuk menunding kesana dan kemari cuma apa lah dayanya kalau diberi peringatan dan sedikit teguran mungkin sebelum proses "menaip surat cinta" berlaku. Kita sedia maklum akan natijahnya kampaun yang diendahkan ni, nak idup lesen tak boleh, roadtax pun tak boleh buat dll ler...secara hemahnya, bukan membenarkan sesuatu kesalahan itu berlaku tetapi barangkali perlu untuk diberi sedikit laluan kepada isu BERDAKWAH dalam melaksanakan tugas...banyak sekali panduan dakwah ini digariskan di seantero dunia, majalah, media, ustaz-ustaz malahan budak-budak pun kadang-kadang tahu bagaimana nak berdakwah dgn betul kerana dakwah yang betul dan hemah mendatangkan impak yang amat besar pada orang lain...ISLAM itu syumul dan amat-amat luas intipatinya..tak salah gunakan sedikit budi bicara dengan kecerdikkan yang ada sesuai dengan ciri-ciri KEPOLISIAN yang perlu wujud dalam diri anda...MESRA,CEPAT & BETUL"... untuk mengubah sesuatu menjadi sesuatu yang lebih baik kepada yang lebih lebih lebih baik hendaknya. Apa pun mohon sejuta kemaafan kepada yang dah mula terasa dek kerana anda sebahagian dari mereka, atau suami atau isteri anda sebahagian darinya, atau adik atau abang atau kakak-kakak anda juga sepertinya atau sesiapa sahaja, cuma sekadar teguran dan luahan perasaan agar tidak ada insan yang TERANIAYA dek kerana kelalian orang lain atau mungkin kerana mood dah macam taufan lanina, penat dan sebagainya....la tahzan.

NOTA: jangan buat hal selalu menganiaya orang, Tuhan marah, dosa besar tau...doa orang yang teraniya dimakbul Tuhan..renung-renungkan..(JOM HEBOH TV3)..lain kali kita kena tanya dulu abang bro polis trafik kat situ boleh tak parking kat sini dan kat sinun.

13 December 2010

LEBUH & JALANRAYA KITA siri 2

Salam, moga kita semua dirahmati dan dilindungi senantiasa oleh Allah Ta'ala tuhan yang empunya kita dan muka bumi ini, IsnyaAllah. Korang ingat tak aku pernah masukkan satu story bab aku tersesat dimalam yang yang gelap di satu tempat yang asing dan berlaku tragedi kemalangan ngeri pada malam tersebut, kalau disusul balik story-story aku yang sudah-sudah maka rasanya korang akan jumpa story tu. Baru-baru ni rupanya berlaku juga kemalangan ngeri melibatkan 3 insan sekaligus dalam satu kenderaan, takdir dan kisahnya begitu seperti yang digambarkan didalam ruangan kosmo 10 Disember 2010. Kesian juga aku baca berita tu, kemalangan dah lama berlaku dan tidak disedari oleh pengguna jalanraya lain kerana kenderaannya tercampak kebawah bukit di tepi lebuhraya, dalam hemat aku itu adalah tempat yang hampir sama dengan kemalangan yang berlaku malam kejadian dalam cerita aku dulu tu...huhu, faktor jalanraya lah harap-harapnya, walau apa pun kita sama doakan agar roh mereka kembali dengan aman dan ditempatkan bersama2 dengan insan-insan yang terbilang, cuma aku rasa patutnya pihak yang berkepentingan patutnya dah lakukan sesuatu khusus untuk mengenalpasti apakah punca sebenar seringnya berlaku kemalangan2 yang amat ngeri di kawasan tersebut dan juga kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ( ewah macam pengumunan masuknya waktu solat fardhu pulok ) samaada ianya faktor kecuaian kah atau faktor bentuk mukabumi kah atau faktor " gangguan makhluk aneh kah " atau sebagainya kah. Bukannya apa, rasanya pengguna yang lain pun nak tahu juga apa yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak yang berkaitan ini demi untuk menjaga kemaslahatan bersama. Macam-macam seruan telah didengarkan dan macam-macam peringatan telah diberi agar semua pemandu-pemandu lebuhraya berwaspada dan menjaga keselamatan sewaktu memandu....memandu dengan cermat lah, memandu dengan berhati-hati lah, kelajuan mengundang maut lah itu lah ini lah dan sebagainya, berbuih dah mulut pembaca berita membacakan berita berkenaan kemalangan ni cuma sejauh manakah kita dan semua orang mengambil berat akannya dan adakah semua kemalangan ini berpunca dari kelalaian kita kah ?
Rasa aku kilometer " pagoh-yong peng " ini sering diperkatakan oleh setiap orang penduduk sekitar yang mengetahui akan ceritanya dan oleh sesiapa sahaja dan mungkin lebih arif pengetahuannya oleh petugas lebuhraya itu sendiri especially para petugas propel mungkin. Apa pun komennya dan permasalahannya kita patut sedar dan disedarkan bahawa bukan semua jalanraya yang cantik dan ternama itu zahirnya memberikan ruang yang selamat untuk kita. Banyakkan berdoa kepada Allah Ta'ala dan banyakkan bermohon supaya kita dilindungi dari bencana ngeri yang sedemikian rupa...WA.

10 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H



Salam, sebenarnya aku rasa macam aku orang terakhir publish DOA-DOA ni dalam blog, sorry la ada sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan tapi yang penting aku pung taknak terkecuali dari mengejar pahala dari Allah Ta'ala sebagai saham akhirat aku, timing yang sepatutnya aku masukkan tempoh hari aku tak buat pasal tak sempat sebab aku keuzuran, sakit...ini barulah ada kesempatan sikit nak melayari blog dan aku pun baru 3 hari masuk kerja, lama gak la aku MC. Walaupun tak sempat ber awal Muharam sama2 tapi aku rasa kita masih lagi dalam bulan Muharam so masih lagi awal tahun Hijrah dan boleh rasanya aku berbuat demikian, sekadar ingat mengingati...dan apa yang paling penting keazaman dan perubahan yang kita akan buat, harapnya lebih dari apa yang telahpun berlaku dan moga-moga mendapat petunjuk dan sebesar-besar ganjaran dari Allah Ta'ala. Aku ni pun bukan antara orang yang banyak dan hebat dalam hal dan tutur agamanya cuma InsyaAllah selagi ada daya aku akan cuba belajar dan terus belajar supaya aku dapat berbakti pada insan yang lain pulak, daripada ada ilmu tapi macam takada ilmu lagilah terus berada dalam kerugian dan esok2 inilah golongan yang mendapat sebesar2 azab dari Allah Ta'ala atas sebab kelalaiannya sendiri.

NOTA : sama-sama kita menjadi insan yang terbaik disisi Allah Ta'ala dan sama-sama kita jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah..

15 November 2010

DEMAM NYAMUK huhu


Salam...inilah dia mangkok ayon yang telah membuatkan aku demam-demam dan hilang selera makan dan sebagainya, dah la ambik darah aku, seluruh badan aku menggigil pastu lemah..adus. Ini adalah kali pertama sepanjang hidup, aku kena jangkitan demam nyamuk (dengi) harapnya biarlah ini yang pertama dan ini jugalah yang terakhir aku kena. Kalau kena kat orang dewasa mungkin kita boleh tahu awal gejala dan tanda tapi bayangkan kalau kena kat budak2 kecik...kesian. Apa pun bersyukur pada Allah Ta'ala memberikan kembali kesihatan pada aku dan keluarga aku dan satu peringatan untuk kita bersama...jaga kesihatan, tingkahlaku, persekitaran dan cara hidup...sentiasa amalkan cara dan gaya hidup yang sihat...semua ada chances nak kena tau...?

Setahu aku, aku ni pantang tengok air yang bertakung kat umah, kat luar umah ker atau kat mana2 pun...kadang2 tak salah peribahasa "jaga tepi kain orang" tu kita amalkan cuma biarlah bertepatan dan kena pada tempatnya, jangan jaga benda lain udah la...ni orang lain yang punya susu orang lain yang dapat nama..pun peribahasa juga...atau lebih pedas lagi orang lain buat dajal orang lain pulak yang kena, nak ditegur kang jiran2, masam muka, dsb...tak tegur kang aku pula mungkin menjadi mangsa...hmmm @#$%^&&*()*!...yang baik datangnya dari Allah Ta'ala dan tidak itu adalah dari kelemahan diri kita sendiri...muhasabah dan taubat awal2 erk.

04 November 2010

POTRET KEMBARA ...KembojA


Salam...entry cambodian trip kali ni aku sisipkan contoh kebanyakan rumah orang2 melayu islam kemboja yang terdapat di kawasan pedalaman disana. Kebanyakan dari bahan/material untuk membuat umah disana adalah menggunakan kayu yang "ter" pakai...asal ada tempat tinggal dan ruang untuk dipaku dah memadai..comot dan usang itu adalah perkara yang kesepuloh barangkali, lubang sana sini adalah perkara biasa dan yang pasti mereka berkeluarga besar2 belaka..rata2 dalam satu keluarga akan ada hampir 5 atau 6 orang anak...hehe. Keadaan rumah pastinya dah tak terjaga apa taknya jalan kat sana masih lagi berbatu kerikir besau penumbuk belaka, tanah merah dan berdebu..hari2 debu lekat kat baju, umah dan sebagainya, nak dicuci umah dan dinding memang buang karan, bior ajer la...macamanapun mereka masih beriman seperti seadanya...

Kebanyakan dari umah2 kat sana tinggi2 belaka pasalnya bila bah/banjir besar yang saban tahun ada pastinya akan menenggelamkan hampir 1/3 dari keseluruhan umah mereka..kalau umah rendah jawabnya terus duk dalam sampan la..w/bagaimanapun ada antara penduduk sekitar pesisir sungai mekong yang hanya berumahkan sampan panjang, itulah rumah dan itu jugalah sampan tangkap ikan dan sebagainya...ikan apa ? hehe lepas ni le yer.

Bila tengok keadaan ni aku teringat rumah mak bapak aku dulu kat Kg. Belanja, Parit Perak Darul Ridzuan..sebiji macam rumah diorang cuma dinding ngan atap dia rumbia atau buloh..itu adalah 30 tahun yang lalu dan kini mungkin persamaannya terdapat di Kemboja...bagi memember yang nak melawat tanah subur cambodia boleh hello aku nanti kita setkan macamana nak kesana...jauh perjalanan luas pengalaman...terkesan sikit iman.

SEKADAR MERAI BUKAN KERAIAN..


Salam..inilah rupanya birthDay present yang aku dah gubah sendiri untuk bini aku.
patutnya aku dah blink kan photo ni pada 28/10 hari tu tapi disebabkan musibah yang berlaku so aku ingat takpalah biar lambat2 sikit la..kasi hilang memori tu dulu...apa pun terima kasih kepada semua yang memberikan sokongang pada kami..TQ my frenz.

01 November 2010

MUNGKIN...281010


Salam..."abie rumah kita kena pecah ni, macam mana ni.....huhu"...khamis tadi 28/10/2010 petang lebih kurang jam 4.30 pm aku dapat panggilan dari orang rumah dia nangis2 aku ingatkan napa rupanya rumah kitorang kena pecah masuk..bini dah panik (pompuannn...) aku cool kan dia & pesan jangan pegang apa2 pastu duk kat kuar rumah sampai aku balik, aku capai kunci kereta & balik umah, sampai jer aku tengok rumah dah ramai orang, memember dia pun ramai gak, amik kemera & aku masuk umah shoot apa yang patut dan terus g balai buat report. 1/2 jam pastu polis pun datang umah buat scanning/ forensik. REDHA...jer la atas apa yang berlaku nak buat camana dah dia suka kat umah aku, kat barang2 dalam umah aku..cuma aku tak halal dunia akhirat ler...esok kat padang mahsyar komfon ko cari kitorang balik punya. Habis umah aku diselongkarnya, TV LCD 37" Sharp AQOUS kami antara yang hilang ( skrin dia ada tulis nama aku fadzli...mana tahu kot memember ada terjumpa & terbeli ) barang kemas anak bini aku, duit especialy yang dia memang suka...pun dirembatnya, sampai hati diorang buat cam tu...aku pesan kat bini..redha jer mama, takda rezeki...

28/10/2010 tu pulak adalah hari jadi bini aku, memember datang umah bawak kek ingat nak surprise kan dia, sekali dia yang surprise kan diorang balik, hari ini juga lah rumah aku dipecah masuk, beriya juga aku sambut siap beli hadiah ngan kek pada bini aku, rupanya ada sesuatu yang akan terjadi, lepas semua setel lepak2 kat depan umah ternampak nombor umah aku, halamak nombor 28 la pulok...memang trajis betul la...tapi takpa aku percaya semua ni ada hikmah, mungkin Allah SWT nak bagi lebih lagi kot atau mungkin ada peringatan yang nak disampaikan yang aku terlupa...esoknya aku terus cari tukang besi abis keliling umah aku tukar mangga ngan telinga grill umah aku kasi tersorok dan susah sikit, ini jer yang mampu aku buat buat masa ni, selebihnya redha dan tawakkal. Apa pun yang terjadi kami sekeluarga tetap redha dan berserah pada takdir Allah, ada hikmah, memungkinkan sesuatu..kepada semua yang terlibat memberi aku semangat timer kasih banyak2, kepada OCPD Batu 14 Hulu Langat terima kasih sudi ambil kes aku ni, pada Pegawai Penyiasat dari IPD Kajang terima kasih juga kerana sudi hadir sama, kepada PakNgah...Tq...pada orang2 taman semua terima kasih, jasa kalian memang kami ingat sampai bila2...buat mama usah dikenang tarikh tersebut yang lepas biarkan berlalu, mungkin ada kelebihan dari semua yang berlaku itu ketentuan dari Dia Yang Satu.

Nota: "abie nasib baik bear kakak dia tak ambil kan, eiii jahat la orang tu kan".. erk..
Nota: Nenek sebelah umah cakap petang tu dia ada nampak sebiji HiLux tertulis "Majlis Perbandaran Kajang" kat depan umah, bila nenek tengok di (orang gemok) dia mula la glabah amik hphone kamera buat2 amik gambar kat depan umah aku tu...takpa itu hari dia hari kita belum lagi, sekampung kita qiqahkan dia nanti...tak kemana pun..doa banyak2.

27 October 2010

SHOOTING....katakorenphotographer


Salam...kali ni dikesempatan yang ada sempat juga aku sisipkan sekeping dua gambar untuk dijadikan kenangan untuk satu family member aku ni yang minta aku shoot gambar diorang sefamily sebab katanya mak dia nak g ke mekah, dan lagi sebab mak dia dan diorang jarang sekali bergambar bersama satu family, kesian pula aku dengar & terus rasa macam bersemangat jer aku nak ambil gambar, hari ahad lepas aku setkan time dgn aktiviti yang aku ada pada hari yang sama supaya membolehkan aku shoot dgn aman walaupun sebenarnya aku ada 2...3 program lain hari tu. jam 11.30 aku dah terpacak kat umah diorang kat klang, sebab janji sekitar itu...entri kali ni banyak memaparkan adegan sedih, potraiture, event dll yang aku dapat belajar dalam karier ini, ramai juga yang datang dah macam kenduri kahwin la pulak cuma kali ni aku dapat rasakan feel dia & bebas dalam shooting sekaligus dapat banyak gambar "candid" cuma aku rasa tool aku tak cukup power jer untuk ambil gambar candid dgn lebih baik, anyway ada pengalaman darinya dan itu yang penting. Untuk bakal hajjah, jangan sedih2 & cuba sedaya upaya lupakan sejenak akan hal yang anda akan tinggalkan, panggilan Ilahi lebih penting dari segalanya, lambailah ka'abah sepuasnya agar ia menjadi suatu tanda yang anda memiliki haji yang mabrur...kami sekeluarga mendoakan kesihatan makcik disana, semoga selamat pergi dan pulangnya, InsyaAllah pun begitu jua.

26 October 2010

SHOOTING....katakorenphotographer


Salam...entry kali ni pulak aku masukkan gambar menatang yang aku shoot hari ahad lepas, balik dari shoot gambar kenduri aku sempat singgah kat tempat yang telah dijanjikan. Ingatkan aku lambat rupanya "budak2 nakal" ni lagi lambat dari aku, dahlah lambat siap minta belikan jajan lagi, mengada diorang bukan main lagi. Apa pun pengalaman dari shooting tu, vary2 interesting, banyak perkara aku boleh belajar dari persembahan mereka, perawakan mereka, tingkahlaku, cara, komunikasi yang amat2 berbeza dan yang paling penting skill untuk menambat hati "bebudak nakal" ni...susah jangan cakap la,payah nak bawak berbincang, aku habiskan masa dgn diorang sekitar 2 jam laaa juga, dah la kamera tak mantop, sekadar ada 70:200 jer hmmmm tak kemana la...tapi apa yang lebih penting adalah sejauh mana kita menilai mereka dalam kehidupan kita kerana kita saling berkait antara satu sama lain & mungkin lebih dari itu...dari aku shoot gambar yang menambahkan dosa aku baik aku layan "budak2 nakal" ni...WA.


NOTA: Budak dalam gambar yang tengah meny&@# tu adalah budak yang paling nakal, tak larat nak kejar dan pemalas, berkepit jer...gambar lain banyak lagi cuma aku sempat masuk antaranya ini jer...gambar pepatong tu saje jer aku masukkan, menatang gak hehe.

HAPPY BESDAY MY LOVE


Salam...hmmm tarikh yang selalu aku terlupa dah dekat dah ni, biasanya memang aku akan termiss dan terlupa (bukan sengaja erk) akan tarikh keramat ni, tapi kali ni aku tengok dia selamba dan semacam menyediakan suis utk menanti masa ditekan cuma dia bersahaja jer..takpa aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menanti & akan terus ingat dalam kepala akan hari yang dinanti...harap2 takda yang kecik ati dan terpeleo't lagi ler tahun ni. Rasanya macam nak buat surprise belated birthday dia tapi hehe, tengah dok pikir apa nak buat..
Anyway before i lost that day, Happy Birthday to my love mama 28/10, ingat umur tu dah meningkat dah 30 dah pung...hehe, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta moga diiznkan Allah Ta'ala terus menjadi insan teristimewa disisi kami.

p/s : nanti abie beli kek spesial utk mama,bukan macam kat atas tu tapi kan mama yang kat atas tu pung sedap gok, surprise erk.

21 October 2010

LEBUH & JALANRAYA KITA


Salam, teruja dan terkesima aku dibuatnya, terkaget pun ada gak tengok tragedi yang berlaku depan mata yang baru beberapa saat berlaku. Bukan tak pernah mengalami detik dan situasi tersebut tapi aku rasa ini detik cemas yang ntah keberapa kali yang paling membuatkan aku rasa insaf dan tawaddu' pada ketentuan ilahi. Kemalangan dah berhari berlalu tapi kejadian ngeri tu sedikit sebanyak memberikan aku impak yang berguna. Hari kejadian aku sebenarnya nak ke Batu Pahat rumah kakak aku, patutnya aku keluar ikut exit dan jalan yang lain, tapi ntah macamana jalan yang sepatutnya aku lalui dan biasa aku lalui aku tak lalu malam tu, hati aku menonong ikut jalan yang lain, bini kat sebelah dah berbunyi, anak pulak dah jaga dari tidor, makin aku teruskan perjalanan makin dalam dan terasing rasanya aku, tengok jam dah pukul 2.00 pagi, hati berkata teruskan ajer laaaa, sampai satu ketika aku stop dan buat u turn, sebab jumpa sekumpulan anak muda melepak sebagai rukun tetangga kat kampong diorang, tak berlengah, aku terus jer tanya, ni kat mana, diorang tengok aku dan aku tengok diorang masing2 macam cuak semacam apa taknya dah pukul 2.00 pagi ni betol ker orang atau hehehehehe, selesai bertanya aku blah tapi sebelum aku blah diorang pesan..." bang kalau ada orang tahan kat jalan jangan berhenti, masuk hway balik tau "...aku terus pecut masuk hway balik dan teruskan untuk exit satu lagi susur keluar PLUS arah yang sama, sampai jer aku kat kawasan Pagoh tu, berdentum xcident, tapi bukan aku la...situasi macam dalam gambar ni lah...bila aku tanya masa kejadian pada salah seorang mangsa...? besar kemungkinan masa kejadian berlaku memungkin untuk aku terlibat sama, dalam hati masyaAllah, subhanaAllah.....kalau aku tak keluar ikut exit tadi dan sesat mungkin aku adlah sebahagian dari statistik kemalangan ngeri ini...sampai ditempat kejadian, aku keluarkan tool aku dan apa lagi terus klik sana dan klik sini, anak bini dah kecoh dalam kereta, yang bestnya aku pulak tak pasal2 dilantik jadi "wartawan" sementara oleh orang dan penguatkuasa kat situ....rasa bertanggungjawab untuk menyampai dan memberitahu bahawa "BERHATI-HATI DI JALANRAYA, KELAJUAN MENGUNDANG MAUT, INGATLAH KITA TIDAK DILAHIRKAN DIDUNIA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI STATISTIK INI ATAS KECUAIAN KITA SENDIRI"....apa pun alasannya, orang kata tempat ini memang begitu dan begini, keras sikit katanya...tup tup baru-baru ni bas pulak tergolek kat laluan berdekatan dgnnya...should do something...who...? aku sampai rumah kakak aku dah pukul 4.30 pagi, tolong punya pasal, takpa aku puas...cuma bila aku pikir balik, napa aku shoot semua moment dalam kejadian tu...gambar ni nak bagi pada sapa erk...? tak ada member laaaa, kalau ada pun wartawan majalah hiburan tapi kalau surat khabar tu takda la pulak, alangkah baiknya kalau aku ada contact person yang berkenaan pada masa tu...takpa aku pun ada blog...apa lagi.

Nota : masa kejadian juga aku dipertemukan dgn sorang member lama masa sekolah dulu...sham gemok nama panggilannya, call man...(gambar atas : pintu kereta melekat kat bontot lori & mangsa yang tersepit dalam kereta, keluar jer tulang betis dia jadi huruf "L"....bayangkan sendiri la erk..)

20 October 2010

POTRET KEMBARA ...KembojA



Salam, entri kali ni adalah gambar budak pompuan kemboja yang sempat aku shoot curi2...sori dek abang curi ambik gambar ko...gambar ni adalah sebahagian dan antara gambar yang aku paling suka, aku tak tahu mana datang budak pompuan ni, masa program kitorang dia takda kat tempat majlis, masa bagi gula2 dan sebagainya dia takda, bila dah nak balik baru aku nampak..itupun dia macam takut2 datang kat bebudak yang lain...yang sedihnya bila dia dapat jer gula2 dari kitorang mak aihhhh punya suka macam tak pernah jumpa benda tu, aku selok poket seluar aku dan bagi kat dia gula2 yang aku dah simpan untuk mana2 budak yang kempunan kot tak dapat gula2 pasai ramai sangat...ramai yang terharu sampai keluar airmata bila tengok gelagat diorang (kanak-kanak) kat majlis tu, aku terharu pasal muka budak ni sekali pandang macam muka anak aku, bezanya mereka berlainan bangsa dan ketikanya, tak sangka kita ni rupanya mewah "dalam susahnya hidup kita rupanya ada lagi insan yang jauh lebih susah dari kita"...baru kita merangkak untuk mengerti erti sebenar kehidupan dalam keadaan kita benar-benar bersyukur keatas apa yang telah dizahirkan, baru aku mengerti bahawa kayanya manusia itu apabila dia tahu mengsyukuri sesuatu.."...syukran ya karim.

TRAINER vs TRAINEE...SAMA JERRR


Salam...hehe hari minggu tak tahu nak buat apa, pegang kamera duk depan umah shoot gambar budak2 nie..best gak bebudak nie pun layan apak dia amik gambar.."abie adik nak naik basikal bleh..." erk...takpalah biar kaka ajar tau, kakak ok jer...pinjam basikal adik, dulu basikal tu dia yang punya now dia dah faraidh kan pada adik dier, dah lunyai tayar spare ngan tayar mati tuuuu...gajah yang henyak memang arr..bestnya, aku tak tahu macamana kakak nak ajar adik sedangkan kakak pung tak xpert lagi naik basikal, cuma diorang ada kesungguhan..hehe bapak borek anak belang2....(gambar ni aku snap kat depan umah aku jer, ada padang rumput ngan padang futsal tapi aku tak pernah pung main kat padang tu).. layanzzzz....mula2 kakak dok ajar adik macam biasa, aku dah komfiden tapi last2 aku tengok apsal adik pulak jadi mangsa kena tolak kakak, owhhhh kakak main tipu erk...lantak koranglah janji korang tak gaduh cukup...(abie dulu tak pernah ada basikal sejak lahir hingga sekarang, tok ngan opah tak mampu nak beli, tapi takpa abie ada ramai kawan2 yang ada basikal, dari situ abie belajar kayuh basikal..zaman korang ni semua dah ada, celik jer mata dah ada semuanya, doa jer banyak2 insyaAllah tuhan bagi rezeki kat kita dan akan abie penuhi permintaan korang, cuma satu abie minta jangan minta benda2 dan perkara yang diluar batasan dan jangan ambil kesempatan dari apa yang kita ada..) Alhamdulillah..luv u all.

18 October 2010

SHOOTING....katakorenphotographer


gambar ni dah lama sebenarnya aku ambil, bulan 6 hari tu huhu, bulan 10 baru siap dia punya memoir...lamanya rasa nak siap, jenuh juga la aku berbalas pantun dgn owner gambar ni nasib baik tak kena pancung jer dgn pedang captain dier tu...aku pun tak salahkan dier, client kita tak tahu apa2 berkenaan masalah yang ada yang diorang tahu deal dan done tepat pada waktunya...sorry tuan captain, gambar banyak yang pending utk didesign dan dicetak...que. Apa pun tkasih sebab bagi kerjasama kat aku utk setelkan masalah ni dan percaya kat aku utk buat semua ni...tkasih juga korang memang spoting giler...gambar dah siap tau....
Captain ni sebenarnya adalah sepupu aku, walaupun dia sepupu aku tak bermakna aku boleh lambat2kan setel job die ngan aku...cuma ada masalah sikit jer ngan aku & designer aku...apa pun pertama kali aku shoot gambar kenduri kahwin yang formal begitu..pengalaman yang berharga bagi aku...majlis berlangsung di Dewan Politenik Ungku Omar, Ipoh...la ni dia takdak kat KL sebab ada kursus 3 bulan katanya kat Melaka, naik pangkat kot..rezeki la tu...tahniah bro.

LATA LENTANG, BENTONG DARUL MAKMUR


Salam, gambar atas tu bukan gambar aku tapi gambar yang aku snap dgn lensa aku yang dah rosak tu, cuba2 nasib kot menjadi hehe, masa aku outing mandi-manda ngan member aku ostad halim (sebelah tu bini dier) kat Lata Lentang, Bentong Darul Makmur. Sambil mandi tu sempat gak aku garu2 jari ni tekan2 butang yang patut kat kamera aku snap apa2 yang patut buat kenangan. Lata Lentang tu tak jauh dari KL, masuk tol MTD Gombak bayor RM5.00 dalam 1/2 jam perjalanan melepasi hentian rehat Genting Sempah maka korang akan nampak signboard yang tertulis Hutan Simpan Lentang...kat situlah terletaknya tempat mandi air terjun hutang Lentang...bagi yang tak pernah pergi, bolehlah ringan2kan tangan bawak kereta kesana, merasa air sungai yang sejuk dan tempat berkelah dia yang happening....( rumah aku dekat jer dgn tempat mandi-manda kat Hulu Langat tapi tempat yang jauh gak aku pergi huhu )..anyway tq ostad Halim, korang memang spoting...next time aku hello ko lagi erk.

15 October 2010

SEELAMAT PENGANTIN BARU


Semoga korang berdua (yang sorang pakai baju biru tu belum lagi) dikurniakan rezeki & hidayah serta perlindungan dari Allah Ta'ala dalam setiap geraklaku korang. Selamat Pengantin Baru dari kami sekeluarga.

BELAJAR edit GAMBAR melalui HDR


SEBELUM...

SELEPAS...

SEBELUM...

SELEPAS...

30 September 2010

POTRET KEMBARA ...KembojA

Salam...wah la weiii, lamanya tak sambung cerita, hehe nasib baik tak lupa terus...dun worry aku sambung balik citer aku kat kemboja, buat anak2ku...hehe abie dah sampai kemboja tau...insyaAllah ada rezeki kita akan kesana satu family...

antara aktiviti yang berlaku sepanjang berada di kemboja dan ini adalah potret yang aku sempat snap dan edit. Antara aktiviti yang berlaku sepanjang berada disana adlh sesi penyerahan bantuan kewangan, barangan makanan (beras), pakaian dan sebagainya...tak silap aku keseluruhan beras yang dibawa adlh sekitar 30 tan..waaaaa..(gambar atas : Dato' Maslamah ALPA, Dato' Kusyrin Pengarah JAIS & En. Aidi Munawir LZS serta orang2 kg. Cham, Kemboja )...
dan antara aktiviti yang kebiasaannya tak akan ter miss adalah jalan2 ler, banyak gak tempat yang rasanya kitorang lawat dgn ahli rombongan, yang bestnya semua ahli termasuk Dato' Pengarah & Dato' ALPA memang spoting giler...tq bos2 sekelian krn memahmi hati orang2 mudo nie semua...hehe..(gambar atas : antara port yang best kat mekong river dan muzium tentera di kemboja & makcik penerima bantuan peribadi daripada memember yang memang baik hati belaka)..
gambar ni masa rombongan semua dibawa ke muzium, itu adalah juga merupakan tapak pembunuhan beramai2 rakyat kemboja satu masa dahulu yang dilakukan oleh tentera & puak pol-pot yang ganas lagi kejam, ada yang kena sula, kebuluran, ditebuk kepala, dielektrik, disembelih dan sebagainya...memang menyayat hati...

23 September 2010

HAPPY BESDAY MY ANAK PEREMPUAN..


semalam aku sekeluarga g ke bangi, cari tempat nak berbuka ngan makan2..
yang aku nampak cuma REDwok jer, hmm singgah jer la...best gak layan bebudak
ngan perot yang kosong ni, kebetulan gak 22/9 adlh harijadi anak aku yang sulong..5 tahun
dah dia...sekejap jer rasanya jaga diorang tup...tup..dah 5 tahun, nanti dah 10 tahun, pastu..dah..huhu, apa pun semoga Allah Taala sentiasa memberkati hidup mu seadanya dan keluarga kita hingga akhirnya...
SeLaMaT HaRi JaDi kakak EliN..

21 September 2010

SELAMAT HARI ROYO...


hehe balu mau ucap silamat hali laya meh...
komputer baru elok laaa...lalalala
terima kasih mak...bagi ang pau pada kitorang
tahun ni adlh tahun pertama beraya tanpa ayah tercinta
alhamdulillah kami semua begitu menghayatinya secara langsung.
walau raya tak seberapa namun aku tahu semua terasa seperti kebiasaannya.
Terima kasih juga buat wife/mama/my love yang senang memahami bahwa raya
tahun kita akur untuk sama-sama beraya bersama di sebelah saya...
anyway SeLaMat HaRi RaYa maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga..
Abie dah lama maafkan u all semua, cuma u all sudi ker maafkan dosa2 abie....

16 August 2010

MALAS VS PEMALAS


SALAM
Adus apasal la hari ni aku jadi malas sangat nie..nak gerak kemana2 pun malas, berat plak rasa badan nie..bukan sebab puasa dan bukan sebab apa, mungkin banyak pulak faktornya...tapi yang pasti aku bukan jenis yang pemalas dan tidak pulak diletakkan dalam kategori kronik ni cuma aku kadang2 terfikir macamana la kalau jadi macam ni, boleh ker kita sendiri letakkan dimana diri kita sebenarnya...jadi malas takpa lagi kot asalkan kita bukan seorang yang PEMALAS.

NOTA: lama tak update pasal aku punya laptop cabel ada masalah, bukan malas erk...cerita aku kat kemboja tu nanti-nantilah aku sambung pasal aku dah mula malas....wakakaka
Nota : gambar diatas adalah hiasan semata-mata, tiada kena mengena dgn artikel yang aku sediakan, tapi aku sentiasa berdoa agar aku, family aku dan orang disekitar aku tidak menajadi begitu atas sebab kesusahan dan musibah serta mungkin bala dari DIA yang SATU....WA.