26 July 2010

POTRET KEMBARA ...KembojA

SALAM..
RASANYA dah lama sangat aku tak menjenguk-jenguk ke dalam aku punya blog nie sampai persatuan bloger2 pun dah warning kat aku..kalau tak nak update blog jangan ler buat blog hehe, ntahlah semenjak berkecimpung dalam dunia photographer nie aku rasa masa yang ada macam tak banyak jer...takpa InsyaAllah aku akan setting betul2, buat client2 aku yang guna servis aku..maaf banyak2 atas kelewatan menyiapkan tugasan..aku janji akan perbaiki kelemahan ni dari masa ke semasa...
BARU2 nie dengan beberapa orang kawan2 dari LZS satu group berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi subur "KEMBOJA" yang memang dah lama dinanti2 untuk kesana cuma mungkin masa dan ketika yang tak mengizinkan dan akhirnya dapat juga (9 hingaa 12 Julai 2010) untuk sama2 menghulur apa yang ada sebagai saham "di dunia sana" nanti dan alhamdulillah kami berjaya mengikhlaskan diri kami walau diawalnya dah rasa gundah gulana...takdir Tuhan namanya.
SAMPAI di sana lebih kurang jam 5 ptg waktu Kemboja, kami semua terus dibawa ke hotel yang telah ditempah khas oleh agensi kami (Hotel Puncak) yang jauhnya lebih kurang isap rokok sebatang setengah, kali pertama menghirup udara Kemboja aku dah terfikir untuk sesuatu itu dan ini supaya akan ada perkara yang aku dapat lakukan sebagai catatan untuk aku ceritakan pengalaman aku pada anak2 dan isteri nanti jua pada mereka yang nak mendengar cerita dari aku...dan sebagai peneman aku disana, siapa lagi kalau tak SONY DSLR aku yang kehulu kehilir aku bawa, itu jer yang aku ada untuk menyisip sesisip dua potret buat mengisi sejarah hidup aku untuk aku tayangkan pada kenangan silam nanti jua buat tatapan keluarga yang lain.





No comments: