09 May 2008

INFO PENGETAHUAN..."ACCIDENT"

Aku suka baca artikel nih....walaupun ciplak tapi banyak ilmu yang berguna tu...jangan tahu tengok kemalangan atau insiden yang macam tu tapi tak tahu nak buat apa.....haaaaa belajar !!!aku ambil artikal nih dari blog seorang kenalan (Dr) yang aku kenal....

Nyam...Nyam.. Nyammmm....
Assalamualaikum...Ngeri betul tengok gambar ni.....Untuk pengetahuan anda, ini bukan teknik superimpose... memang kepala buaya yang tengah gigit tangan orang tu adalah kepala buaya yang sama dengan tuan punya badan buaya itu... Berbeza daripada artis kita yang tak pernah mengaku kalau di frame... asyik2 cakap super impose... maklumlah dah takde idea dan alasan untuk menafikan. Atau mungkin juga ada di antara anda yang ingat bahawa tangan tu sebenarnya yang kena superimpose... Tapi itu juga bukan. Tangan itu adalah tangan manusia yang sebenar.


Kembali kepada si buaya. Buaya itu jujur dan ia tidak menafikan... malah ia cuba pula tersenyum ketika gambar ini diambil. Namun, menurut ceritanya, tangan itu sempat diselamatkan dan disambung semula kepada tuannya oleh doktor.
Apa yang saya nak sampaikan di sini bukan perihal buaya dan tangan itu. Apa yang nak disampaikan di sini ialah sekiranya anda terjumpa mangsa yang terputus tangan, jari atau kaki, selain daripada anda menjerit dan pengsan, ini adalah di antara yang boleh anda lakukan :-


1. Mintak tolong... hubungi mereka yang patut dihubungi.


2. Selamatkan anggota yang putus tu daripada lebih tercedera (ambil anggota itu dan selamatkan dari longkang atau dari tengah jalan - dikhuatiri lebih teruk jika dilanggar)


3. Bersihkan dan lapik (wrap) dengan kain bersih basah. JANGAN masukkan secara TERUS dalam ais! Jika dimasukkan terus, semua salur darah kecut dan ini akan menyebabkan anggota tu mati (gangrene)...


4. Lepas lapik semuanya dengan kain basah, masukkan ia kedalam beg plastik.


5. Lepas tu baru cari beg plastik kedua... isi kan ais di dalam beg plastik kedua... .


6. Masukkan beg plastik pertama (anggota yang dilapik dengan kain basah) ke dalam beg plastik kedua (bekas yang ada ais). Prinsipnya tiada sentuhan terus di antara anggota putus dengan ais.


7. Jika anda ada pada waktu kejadian, tulis masa kejadian berlaku (sangat penting untuk doktor tahu bila mulanya kejadian itu untuk menganggarkan waktu gangrene)..


8. Letakkan anggota terputus bersama dengan tuan punya di dalam ambulans. Jikalau organ yang putus jer yang sampai ke hospital tetapi tuan badan masih tidak sampai lagi, dikhuatiri akan menimbulkan histeria di Jabatan Keecemasan... Lebih-lebih lagi kalau akhirnya dapat tahu, tuan punya badan pergi hospital lain.. tangan kat HKL.. tuan punya badan kat HUKM... jauh tuuu.. wahaha...Ok..


Perkara di atas untuk mereka yang berani sahaja... kalau rasa-rasa tak berani (saya pun bukan berani sangat)... tak payah tunjuk keberanian anda... Serahkan kepada yang berani. Nanti anda pulak yang kena usung ke hospital...Wallahu A'lam...

No comments: